Imran Yusuf

Imran Yusuf adalah anak kelahiran Kelantan, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar, Machang; Sekolah Menengah Kamil, Pasir Puteh dan Maktab Tentera DiRaja, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di United Kingdom dalam bidang Matematik.
Minat menulis beliau hanyalah sebagai hobi sehinggalah diperkenalkan kepada penerbit PTS dan menjadi mentee bimbingan Puan Ainon. Di samping bertugas di sebuah syarikat swasta di ibu negara dalam bidang perkapalan, logistik dan teknologi maklumat, beliau juga menjadi penulis dan penterjemah sambilan.
Buku pertama beliau yang diterbitkan oleh PTS adalah mengenai poligami yang berjudul, Di Bawah Payung Aishah: Tip-tip Poligami.
Meredah Samudera ditulis bagi meraikan beberapa orang sahabat beliau dan bertugas sebagai pelaut dan kerana beliau kagum dengan ‘ketabahan dan keberanian’ mereka yang sanggup meninggalkan keluarga, merantau ke negeri orang dan merentas lautan yang dalam dan bergelora, demi mencari rezeki yang halal.

Buku Terkini oleh Penulis Ini
CARI
Senarai Penulis Terkini