Buku

Puaka Sekolah: Kelab Tarian

oleh Nazfea Solehah

RM 13.00 / RM 15.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Ebook

ISBN: 978-629-464-212-6

Kod Bar: 9786294642126

Muka Surat: 136

Saiz (inci): 4.5 x 7.25

Saiz (cm): 19 x 12

Tarikh Terbit: 6 Nov 2026

BISAC: FICTION / Ghost / Mystery & Detective / General / Cozy / Paranormal / Horror (FIC012000) (FIC022000) (FIC022150) (FIC015000)

Imprint: Penerbit-X

Satu, dua, tiga, empat...

Andai tersilap tempo, tarian itu mungkin akan mengorbankan nyawa sang penari.

Sebagai pelajar baharu di Sekolah Menengah Seni Harapan, Amira menyangka dia terpilih menyertai Kelab Tarian Seri Angkasa atas dasar bakat dan tuah. Namun, studio tarian Seri Angkasa yang usang menyimpan rahsia gelap yang tidak pernah terlintas di fikiran.

Di bawah bimbingan Cikgu Nadira dan ketua kelab, Rina, kelab tarian sekolah itu diikat dengan peraturan yang tidak masuk akal – latihan hanya pada waktu malam dan setiap penari wajib membawa cermin sendiri.

Apabila bayangan dalam cermin mula bergerak tanpa mengikut rentak, dan bunyi ketukan bergema dari balik kaca almari dorm, Amira menyedari pantulan itu bukan lagi ilusi sains atau hukum pembiasan cahaya. Wajah di dalam cermin itu 'hidup'... dan ia menagih sesuatu daripadanya.

Adakah ia sekadar gangguan fikiran, atau cermin itu sebenarnya 'pintu' kepada puaka yang lama terkurung?

Judul: Puaka Sekolah: Kelab Tarian
Penulis: Nazfea Solehah

ISBN: 978-629-464-212-6
Harga: RM 13.00

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2026