Kenapa Matluthfi Menulis Kisah 25 Filsuf Barat?

oleh Asri Yussof pada 11 Jan 2017

8e611db5-30f0-467f-ba9f-7ea4e22974c4

Buku ketiga Matluthfi, Kisah 25 Filsuf Barat masih lagi panas dipasaran. Diterbitkan oleh Puteh Press pada akhir Disember 2016. Kenapa buku ketiga Matluthfi ini sangat berlainan daripada buku pertama dan kedua?

Soalan ini ditanyakan kepada matluthfi di acara Secret Talk with Puteh Press All-Star yang diadakan di MARKAS Kota Damansara pada 2 Januari 2017 yang lalu.

secret talk

Acara tersebut dianggap acara sambutan tahun baru paling menyimpang dari kebanyakan sambutan yang lain. Haha

“Semakin kita membesar, semakin kita merasakan sesuatu. Rasa seperti kehidupan ini bukan tempat yang main-main. Semakin membesar semakin kita rasa nak berbincang hal-hal yang besaq. Sebab itulah munculnya buku ketiga yang seperti hangpa pegang sekarang”

Itu adalah jawapan Matltuhfi kepada soalan yang ditanyakan. Buku pertama beliau Catatan Matluthfi dan Momen2 Matluthfi sudah terjual lebih 200 ribu naskhah.

buku mat

Sememangnya angka tersebut tidak hairan kerana Matltuhfi begitu popular di laman youtube

Video terbaru beliau, GPS dengan Suara Ahli Politik sudah ditonton 400 ribu views selepas 3 minggu dimuatnaik di laman youtube.

yotube mat

Buku ketiga Matluthfi ini mengumpulkan 25 ahli falsafah dari Barat. Bermula dari Socrates, Plato, Sofis sehinggalah kepada Camus dan Foucault yang ke 25.

Kisah 25 Filsuf Barat

Klik di sini untuk membeli buku Kisah 25 Filsuf Barat 

Katanya, buku ini asalnya daripada nota-nota kuliah dari syarahan universiti yang beliau hadiri atau dari atas talian. Selepas pulang dari Australia beliau mula mengumpul dan memberikan kepada editor untuk diterbitkan menjadi sebuah buku.

Tambah Matltuhfi lagi,

Buku ini sesuai untuk mereka yang baru bermula untuk mengenali ahli-ahli falsafah dari Barat yang terkemuka. Mereka tidak perlu membelek buku-buku falsafah yang tebal dan mengambil masa yang lama untuk mengenali mereka. Dengan buku ini hang boleh kenai dengan cepat dan laju.

Dalam pendahuluan buku ketiga ini, Matluthfi menulis: “Usahlah risau, buku ini tidak akan menyesatkan kau. Buku ini tidak mengandungi kesimpulan apa sangat pun. Kau baca, kau tahu, kau tidur.

Paling teruk pun kau mengigau, itu sahaja.”