Artikel

Nikmat Bertemu Uthaya Sankar

oleh Asri Yussof pada 27 Oct 2016

Dalam kelas Hindu semalam, Uthaya Sankar berkongsi bagaimana cerita-cerita epik seperti Ramayana dan Mahabbrata lahir atas kesedaran untuk menyebarkan ajaran dari Veda sehingga timbul masalah iaitu akhirnya ia menjadi sebati dan dianggap itu adalah teks-teks keagamaan Hindu.

Kisah Epik Dalam Purana

Selain Ramayana dan Mahabbrata, beliau juga berkongsi tentang teks Tirupural/ Tirukural, kisah Shiva, Shakti, Vinayagar, Murugan, Narayana, Suria, Jelmaan Avatara dan lain-lain.

Kisah-kisah epik ini muncul semasa zaman puranik. Zaman ini adalah zaman kitab Veda sudah ditafsirkan oleh pengikutnya atas kesedaran untuk menyebarkan ajaran dari Veda.

Persoalan yang timbul mengapa berlakunya perubahan amalan kepercayaan yang ketara terhadap pada zaman Vedik dengan zaman Puranik?

Hindu

Jika hari ini kita tidak membaca secara mendalam tentang agama Hindu kita mungkin percaya bahawa kisah-kisah ini adalah wahyu dari Tuhan dan merupakan ajaran kekal dalam Hindu.

Uthaya menangkis perkara ini, beliau menegaskan segala kisah epik ini adalah rekaan manusia dan ianya hanya menjadi teladan untuk mereka (di waktu kanak-kanak) memahami kandungan asal Veda sahaja.

Bid’ah Dalam Ajaran Veda

Saya bertanya kepada Uthaya, jika semua ini adalah kisah yang disandarkan kepada ajaran asal Veda tetapi ini bukan ajaran sebenar dalam kitab Veda, adakah ianya kesesatan yang nyata?

Jawab beliau, “Betul, ini semua adalah sesat kerana ajaran Veda yang asal adalah Tauhid. Iaitu menyembah Tuhan yang satu.” malah sebelum ini beliau mengakui pernah mengutarakan perkara yang sama dan ramai orang Hindu marah-marah terhadap beliau.

MENARIK: Bid’ah Perkara Paling Bahaya Dalam Sesebuah Agama, Penyebab Lahirnya Pelbagai Aliran Agama

Nikmat bertemu Uthaya Sankar

 Nikmatnya adalah apabila dapat mengenal karya-karya sastera dalam aliran Hinduisme dan mendengar dua perkara ini dari mulut beliau sendiri. Apakah dua perkara itu?

1) Uthaya percaya konsep Tauhid. Tuhan itu satu yang telah memberi rahmat kepada seluruh semesta alam.

2) Beliau juga percaya Nabi Muhammad saw itu adalah nabi yang diutuskan oleh Tuhan dalam agama Islam.

Sebelum saya menghadiri kelas Hindu bersama Uthaya semalam, saya sudah mengenal sedikit sebanyak tentang agama Hindu.

Tentu saja pengetahuan ini tidak sebagus pengetahuan Uthaya dan Ahmad Iqram yang menulis buku Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha Berasal Daripada Islam yang dierbitkan oleh PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Hindu atau Samada Darma?

Kata Uthaya, terdapat kelompok yang betul-betul mengikuti Veda tidak suka jika mereka disebut sebagai orang Hindu. Mereka lebih suka dipanggil sebagai ‘Samada Darma’ iaitu orang yang mengikuti kebenaran yang hakiki.

Ahmad Iqram juga menulis hal yang sama dalam bukunya, iaitu berlaku polemik dalam kalangan ilmuan pengkaji ‘sejarah kemunculan agama’ terhadap nama ajaran yang dianuti oleh penganut Hindu yang percaya kepada Veda.

“Mereka lebih gemar nama Vendanta yang bermaksud orang yang mengikuti Veda. ada juga yang menamakan sebagai ‘Sanatana Darma’ yang bermaksud kebenaran Abadi.”

Hindu - Lembah Indus

Uthaya berkongsi bagaimana terbentuknya kepercayaan dalam agama Hindu yang bermula dari Lembah Indus di India. Ahmad Iqram juga menulis perkara yang sama, iaitu perkataan Hindu atau Hinduisme tidak akan dijumpai dalam mana-mana kitab suci agama Hindu.

hindu 3

Pundit Jawahar Lal Nehru menulis dalam bukunya Discovery of India, perkataan Hindu pertama kali digunakan oleh bangsa Parsi yang merujuk kepada kawasan Sungai Indus. Mereka menamakan sebagai Hindus.

malaiur manikam

Untuk pengetahuan kita tentang Hindu, Veda dan semacam perkara, saya cadangkan anda membaca buku yang ditulis oleh Uthaya iaitu Malaiur Manikam terbitan Dubook Press.

buku

Dan membaca buku dari Ahmad Iqram, Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha berasal Daripada Islam? Terbitan PTS Publishing House Sdn. Bhd.

MENARIK: Beli buku secara online MURAH di Bookcafe.com.my

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024