Artikel
20 Hamper Istimewa untuk Pembeli Buku PTS bernilai RM500 ke atas
oleh Helmi pada 25 Feb 2010
Anda mahu hamper percuma daripada PTS? Belilah buku PTS di booth PTS dengan nilai RM500 ke atas sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Secara automatik anda akan dihadiahkan 1 hamper istimewa yang bernilai lebih kurang RM100 setiap satu.
PTS menyediakan 20 hamper percuma sepanjang pesta buku kali ini. Setiap hari, PTS peruntukkan 2 hamper sahaja. Jadi siapa cepat dia dapat. Nilai belian RM500 itu hendaklah dalam satu resit sahaja. Hamper akan diberikan sebaik anda selesai membuat bayaran di kaunter. Jadi jangan lepaskan peluang ini.