Artikel

3 Unsur Karisma Menurut Puan Ainon Mohd

oleh Asri Yussof pada 21 Oct 2018

Menurut kamus dewan edisi keempat, Karisma adalah kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yg menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kapada khalayak ramai: heroisme ialah pemujaan terhadap seseorang tokoh, yg dianggap mempunyai kelebihan, keunggulan, ~, dan kewibawaan; berkarisma mempunyai karisma.

Berikut adalah 3 unsur karisma menurut Puan Ainon Mohd.

Unsur keilmuan dan kepakaran

Apabila kita berhasrat untuk mencipta karisma, yang pertama sekali kita perlu buat orang percaya dan yakin yang kita benar-benar tahu apa yang kita cakap dan kerjakan. Maksudnya kita adalah orang yang sarjana dalam bidang yang kita lakukan.

Sarjana di sini bukan bermaksud semata-semata mempunyai ijazah dalam apa yang kita kerjakan, tetapi lebih dari itu adalah pengetahuan kendiri, pengalaman dan pengetahuan yang mendalam. Ramai orang yang berjaya dalam bidang perniagaan, tidak mempunyai ijazah sarjana atau mereka yang ‘drop-off’ dari universiti.

Ketulusan

Orang mesti yakin yang kita tidak munafik dengan kata-kata yang kita ucapkan. Kita perlu menjadi seorang yang telus dan tulus dengan apa yang kita kerjakan. Membudayakan apa yang kita sampaikan. Orang boleh jadi tidak yakin dengan kita apabila kita berkata-kata kosong tanpa menunjukkan bukti.

Imej

Imej adalah unsur kerisma yang ketiga. Penampilan dan tutur kata kita mesti dapat menyebabkan orang-orang yakin dengan kita. Imej mempunyai kaitan dengan daya tarikan seperti penampilan, kuasa dan tenaga.

Menurut kajian, imej ialah faktor yang dapat menentukan sama ada seseorang itu akan menjadi individu yang dikagumi ataupun tidak. Imej ialah daya tarikan yang wajib dimiliki oleh seeorang yang ingin berkarisma.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024