5 Buku Yang Mudah Untuk Anak-Anak Mengenal Islam

oleh Asri Yussof pada 05 Aug 2016

child-573351_1280

Dunia masa kini memang bergerak pantas. Siapa yang lambat walaupun sesaat, pasti sudah hampir tertinggal jauh daripada orang lain.

Begitulah antara dilema ibu dan bapa, apatah lagi sekiranya kedua-dua mereka bekerjaya. Pasti waktu luang bersama anak-anak agak terhad, terutama dalam menambah ilmu pengetahuan asas tentang agama Islam.

Oleh sebab ini, PTS menyediakan satu medium mudah bagi ibu bapa untuk mengajar asas-asas dalam agama Islam melalui siri 101 Info. Setiap daripada buku ini menyediakan maklumat dalam bentuk soalan dan jawapan yang mudah untuk dibaca dan difahami oleh anak-anak.

 

(1) 101 Info Seronoknya Rukun Islam Dan Iman

101 Info Seronoknya  Rukun Islam dan Iman

Buku ini dapat membantu anak-anak mengetahui dan memahami apa itu Rukun Islam dan Rukun Iman. Ini pasti menjadi pengalaman dan pembelajaran yang menyeronokkan kerana buku ini dipenuhi dengan ilustrasi menarik dan berwarna-warni.

 

(2) 101 Info Seronoknya Solat

101 Info Seronoknya Solat

Solat mempunyai banyak makna khusus dan syarat-syarat yang wajib dipatuhi. Gerakan-gerakan solat juga sebenarnya bagus untuk kesihatan. Pelbagai persoalan asas berkenaan solat yang perlu diambil kira, insya Allah, akan terjawab dalam buku ini.

 

(3) 101 Info Seronoknya Berdoa

101 Info Seronoknya Berdoa

Doa adalah satu ibadah yang sering dilakukan oleh semua umat Islam, namun tidak ramai yang tahu khasiat setiap doa yang diucapkan, pengertiannya, adab-adabnya serta pelbagai lagi perkara tentangnya. Oleh itu, buku ini menyediakan pengetahuan asas mengenai amalan berdoa supaya kanak-kanak mendapat gambaran yang lebih jelas tentang amalan harian ini.

 

(4) 101 Info Seronoknya Bersedekah

101 Info Seronoknya Bersedekah

Buku berwarna-warni ini mengandungi 101 soal jawab asas berkenaan sedekah untuk kanak-kanak. Ia juga dapat menambah pengetahuan kanak-kanak mengenai sedekah. 101 Info Seronoknya Bersedekah memberi informasi mengenai sedekah secara santai dan menyeronokkan.

 

(5) 101 Info Seronoknya Berpuasa

101 Info Seronoknya Berpuasa

Puasa sebenarnya membawa pengertian yang lebih luas. Puasa bukan sahaja baik bagi kesihatan, malah mendidik kita menjadi sabar dan berdisiplin. Ternyata puasa adalah ibadah yang begitu menyeronokkan.