5 Nasihat Buat Hati dari Habib Ali Zaenal Abidin Yang Boleh Dijadikan Pedoman

oleh Abdullah pada 03 Jan 2018

1. Pesanan buat penuntut ilmu

Penuntut ilmu perlu ada pen, kertas ataupun buku catatan. Kelengkapan bagi menyalin kembali apa sahaja yang diajarkan oleh guru adalah penting.

Kata imam As-Syafie, “Ilmu itu umpama binatang buruan, menyalinnya ibarat tali penambat. Maka, rugi bagi sesiapa yang sudah bersusah-payah menangkapnya kemudian dilepaskan sahaja mangsa berkenaan dengan begitu mudah.”

2. Orang Alim VS Orang Jahil

Hanya Allah swt yang tahu isi hati hamba-hambanya. Jangan ada dalam kalangan kita yang berasa cukup dan hebat dengan ilmu yang dimiliki.

“Jangan angkuh dan rasa diri sudah memadai dengan ilmu yang dipelajari. Insan yang tidak angkuh dan berasa ilmunya masih sedikit akan sentiasa meminta dan berdoa kepada Allah swt agar dikurniakan kepadanya ilmu yang berguna.”

3. Bekalan menuju akhirat

Manusia bukan pemilik dunia. Apabila tiba masanya, manusia pasti meninggalkan dunia dan menuju ke akhirat. Kehidupan manusia di dunia begitu pendek dan seketika apabila dibandingkan dengan kehidupan di akhirat.

“Hiduplah di dunia ini seolah-olah kamu seorang manusia yang asing, ataupun kamu sedang dalam perjalanan dan kamu sentiasa merentasi suatu kawasan setempat demi setempat.”

4. Berfikiran jauh adalah sikap seorang dai

Susah untuk kita mencari dalam mana-mana hadis, Nabi Muhammad saw membenci golongan kafir atau mencela mereka. Ini menunjukkan cara bijak Nabi dalam berdakwah. Bukan dengan cara membenci mereka.

“Kita perlu berurusan dan berakhlak dengan peribadi yang baik kepada semua orang, tidak kira sama ada mereka menyayangi kita ataupun tidak. Jangan hanya memilih untuk berbuat baik dengan mereka yang kita sukai sahaja, manakala yang selainnya tidak pula diendahkan.”

5. Jangan menyusahkan orang lain

Dari kecil kita diajar untuk tidak menyusahkan orang lain jika ada apa-apa masalah. Dan jangan bergantung kepada manusia.

“Pinta daripada Allah swt, jangan terbiasa membebankan orang lain. Bimbang lama-kelamaan terhakis sifat dan rasa malu dalam diri. Cubalah untuk tidak meminta-minta dalam apa sahaja perkara, kecuali apabila diri sudah berada dalam keadaan yang begitu membebankan.”

5 nasihat buat hati ini diambil dari buku Nasihat Buat Hati dari Habib Ali Zaenal Abidin. Ditulis oleh Mohd Khairi Ismail dan Nur Mohamad Adli Rosli. Klik di sini untuk memiliki buku ini.