Artikel

5 Perkara Ini Anda Perlu Tahu Jika Backpacker ke Seoul, Korea

oleh Siti Munira Abdul Rashid pada 24 Aug 2016

Apa rasanya menjadi backpacker di Korea? Seorang diri tanpa ada sebarang kenalan.  Bagaimana mahu menghadapi ragam hidup masyarakat Korea yang kita hanya kenali melalui kaca TV?  

Berikut merupakan tips persediaan untuk mereka yang mahu ke Korea.

Hostel

1. PENGINAPAN

Sebelum melancong secara backpackers ke mana-mana negara, pastikan korang buat tempahan awal dari Malaysia. Korang boleh tempah penginapan melalui internet.

Antara website yang boleh digunakan untuk tempahan tempat penginapan adalah Agoda.com, Booking.com, dan Airbnb.com.

Nak lagi murah, korang boleh beli dan bawa buku I’m Backpacker Korea masa pergi ke korea dan bermalam di Shin Chon Hostel. Korang akan dapat harga yang berpatutan iaitu diskaun sebanyak 20%.

Di airport nanti, korang wajib isi bahagian “address in Korea” dalam “arrival card” waktu sampai di lapangan terbang. Kalau bahagian tu kosong, kemungkinan pihak imegresen tak akan benarkan korang masuk ke Korea.

language

2. PERBUALAN & KOMUNIKASI

Oleh sebab tak semua orang Korea boleh bercakap bahasa Inggeris, komunikasi di sana jadi agak sukar.

Kalau korang gunakan ayat tak formal macam dalam drama iaitu ayat tanpa ada perkataan “yo” di penghujungnya, ini akan menampakkan korang tak sopan.

Maka, gunalah ayat-ayat sopan seperti di bawah.


Apa khabar?

An-nyeong-ha-sei-yo

Gembira berjumpa anda

Ban-kap-sem-ni-da

Awak boleh cakap bahasa Inggeris?

Yo-ngo hal-su is-soyo?

Saya dari Malaysia

Mal-le-i-sia e-so was-soyo

Diskaun sikit boleh?

Kak-ka-ju-sei-yo?

Saya pergi dulu

Mon-jo Kal-khe-yo

Korean currency

3. NILAI MATA WANG KOREA

Korang juga mestilah tahu cara pengiraan mata wang Korea. Mata wang Korea Selatan adalah Won (KRW). Sebagai contoh nilai mata wang 1000 KRW bersamaan RM3.70.

Bagi memudahkan pengiraan, anggap sahaja 1000 Won bersamaan RM3.00.

Contoh: Harga sehelai baju adalah 15000 Won

15000 Won ÷1000 = 15

15 × 3 = 45

Maka, harga sehelai baju lebih kurang RM45.

Baca juga, Saya sudah terkena Badai Korea

Baca juga, 7 Restoran yang Halal di Korea selain dari Restoran Gosami yang ‘Khilaf’

Subway Seoul

4. PENGANGKUTAN AWAM

Untuk pengetahuan korang, pengangkutan awam di Seoul adalah antara pengangkutan awam yang terbaik di dunia. Jumlah line kereta api / subway di Seoul adalah sebanyak 18 line.

Maka, korang tak akan hadapi masalah untuk pusing-pusing kat bandar Seoul. Stesen dibuka dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

Setiap line subway diwakili dengan warna dan nama. Ada stesen di Seoul yang menyambungkan beberapa line subway, contohnya, di stesen City Hall, ada Line 1, dan Line 2.

toilet

5. SURVIVAL SKILL DI TANDAS AWAM KOREA

95 % daripada tandas awam di Korea, tidak mempunyai paip air, yang ada hanya tisu dan kadangkala lebih sedih, tidak ada tisu. Tips untuk menggunakan tandas awam di Korea, pastikan korang bawa tisu basah atau air yang diisi maksimum dalam botol sebelum masuk ke tandas.

Walau bagaimanapun, terdapat tandas ber”bidet” atau tandas yang boleh memancutkan air daripada dalam mangkuk tandas.

Tandas jenis ini hanya terdapat di sebahagian tandas di Incheon Airport, Lotte World Mall, Uniqlo Myeong-Dong, majority tandas OKU kereta api Line 6, tandas di dalam City Hall, dan majority tandas OKU lain. Gunakan informasi ini sebaik mungkin.

Nota Editor: Sedikit sebanyak tips yang dikongsi ini dipetik dari buku I’m a backpacker Korea, terbitan Puteh Press. Tetapi, sekiranya mahu tahu yang selebihnya, korang perlu dapatkan dan baca buku ini sendiri.

Lihat, Bookcafe promo buku-buku travel sempena tiket promosi MAS Airline dan Air Asia

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024