Artikel

6 Langkah Penguasaan Emosi Yang Patut Anda Kuasai - Anthony Robbins

oleh Asri Yussof pada 04 Jun 2018

Emosi adalah sangat penting. Kes-kes seperti tekanan perasaan atau depresi terjadi apabila kita tidak mampu untuk mengawal emosi diri kita sendiri. Kes-kes seperti ini yang bermula dengan kecik, barangkali boleh menjadi kepada kes bunuh diri.

Anthony Robbins dalam bukunya Awaken The Giant Within menulis tentang 6 langkah penguasaan emosi;

1. Mengenal pasti perasaan yang benar-benar dirasakan

Bila kita rasa terbeban, cuba fikirkan balik ‘Apa yang aku benar-benar rasa sekarang?” luangkan masa seketika bagi mengenal pasti apa yang benar-benar kita rasa dan mula mempersoalkan emosi kita.

Kita mungkin dapat mengurangkan ketakutan yang dialami. Oleh itu kita dapat menangani keadaan dengan lebih cepat dan mudah.

Menarik: Bagaimana Lelaki Yang Pernah Bekerja Sebagai Pencci Tandas Ini Berubah Menjadi Motivator Terkaya

2. Kenali dan hargai emosi-emosi, ketahui yang emosi-emosi menyokong kita

Kita tidak mahu membuat emosi yang salah. Bila kita fikir emosi kita salah, kita akan menjadi orang yang tidak jujur apabila kita berkomunikasi dengan orang lain.

Kita perlu belajar untuk bersyukur kerana ada bahagian otak kita yang menghantar isyarat sokongan, panggilan untuk tindakan bagi membuat perubahan sama ada dalam persepsi mengenai aspek kehidupan ataupun tindakan yang diambil.

3. Wujudkan perasaan mahu tahu tentang mesej di sebalik emosi

Bila kita duduk berseorangan, wujudkan perasaan mahu tahu dan tanya kepada diri sendiri, “Adakah mustahil yang aku hanya salahkan diri sendiri sebab lonely? Ataupun pada hakikatnya kita mempunyai ramai kawan?”

Sering tanyakan 4 soalan ini kepada diri sendiri:

4. Berkeyakinan

Yakin yang kita boleh kawal emosi. Fikirkan pada masa lampau yang kita pernah kena perkara yang sama dan kita boleh lawan dan tanganinya. Jadikan pengalaman sebelum ini sebagai garis panduan untuk kawal emosi sekarang.

5. Tidak ragu-ragu bagi menangani cabaran sekarang dan juga hari-hari yang mendatang

Kita perlu merancang. Dengan adanya perancangan, kita tidak akan takut dan ragu-ragu lagi. Tulis di atas sekeping kertas tentang cara lain yang mampu mengubah cara kita berkomunikasi dengan perasaan.

6. Teruja dan bertindak

Jangan terperangkap dengan emosi yang terhad. Ekspresikan diri kita dengan menggunakan apa yang disetkan secara dalaman bagi mewujudkan perubahan dalam persepsi ataupun tindakan yang diambil.

Tidak ada orang lain yang boleh membantu kita melainkan kita membantu diri kita sendiri agar emosi tidak menguasai diri kita dan kita berfikir dengan tidak matang atau tidak waras.

Ingat, masa terbaik bagi mengendalikan emosi adalah apabila kita mula merasainya. Keadaan akan menjadi lebih rumit bagi menangani emosi yang sudah merebak.

Falsafah yang diamalkan oleh Anthony adalah “Bunuh raksasa ketika masih kecil.”

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024