Artikel

6 Saluran Tentang Makanan Yang BEST di Youtube

oleh Asri Yussof pada 30 Jun 2018

Selain keluar membeli belah dan menonton wayang, memasak boleh juga menjadi terapi untuk mengurangkan stress bagi sesetengah orang. Bagi yang suka memasak, tentu anda juga akan suka menonton rancangan makanan seperti saya.

Kalau di kaca televisyen, saya suka menonton Asian Food Channel (AFC) dan kebanyakan rancangan memasak di saluran Nat Geo People. Itu kalau di TV, tapi kali ini saya nak berkongsi saluran makanan dan memasak di youtube yang wajib anda ikuti dan tonton.

1. Bon Appetit

Bon Appetit

Bon Appetit banyak menyediakan video-video tentang cara memasak. Beliau mengajar kita memasak dari A-Z untuk setiap menu dalam videonya. Rancangan ini dalam bahasa Inggeris walaupun nama dalam saluran ini dalam bahasa Perancis.

2. Tasty

Tasty

Siapa tak kenal saluran Tasty kan? Tasty menjadi rancangan paling popular pada masa sekarang kerana video masak mereka yang laju dan cepat. Jadi orang beranggapan, memasak itu semudah itu. Tetapi sebaliknya ambil masa juga, nak potong bawang lagi, sayur lagi dan lain-lain. Tapi video Tasty di youtube lebih berbentuk rancangan yang panjang. Menarik untuk ditonton.

3. Ms Yeah Official Channel

Ms Yeah

Ms Yeah adalah gadis misteri pada awal kemunculannya. Beliau tidak bercakap dalam video tetapi memasak menggunakan barang-barang yang ada di pejabat. Seperti komputer, mesin air panas, lampu dan macam-macam lagi. Keunikan cara memasak beliau ini menjadi satu yang menarik untuk kita tonton sampai habis.

4. We Eat Together

We eat together

Klik di sini untuk semua resipi-resipi Melayu yang ada di Malaysia

Saluran ini bukan saluran yang berkongsi resipi, tips atau cara-cara memasak. Tetapi ia bagi tips kepada mereka yang sua memuat naik gambar makanan di instagram atau kepada pengiklanan makanan. Beliau kongsi cara nak ambil gambar makanan. Sekarang kan tengah meriah dengan hashtag #foodporn dan #foodie. Sebelum makan, ambil gambar dulu!

5. Mark Wiens

Mark wiens

Ini adalah rancangan penggembaraan makanan. Mark Wiens menggembara ke setiap tempat semata-mata untuk mencuba makanan di situ. Tagline beliau “Travel for Foods”. Beliau sangat suka makanan pedas.  Beliau berkahwin dengan orang Thailan dan menetap di Bangkok. Sudah tentulah beliau fasih bercakap Thailand. Rakaman dan editing, semuanya dilakukan oleh beliau sendiri.

6. BuzzFeed Video

Buzzfeed

BuzzFeed adalah syarikat yang menggerakkan rancangan Tasty. Di Saluran ini mereka ada juga memuatnaik video-video tentang makanan tetapi bukan cara memasak. Mereka bercakap tentang makanan tapi dengan melihat pada sisi lain yang berbeza.

Selamat menonton!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024