7 Perkara Ibu Bapa dan Guru Perlu Lakukan bagi Merangsang Pertumbuhan Kreativiti Kanak-Kanak

oleh Asri Yussof pada 15 Oct 2018

Ada kajian yang mendapati, anak-anak yang sedari kecil sudah diherdik, dimarahi dan menjatuhkan air muka anak-anak akan menjadikan mereka ibu bapa yang pemarah apabila mereka dewasa. Kerana mereka beranggapan, itu adalah cara didikan yang berkesan.

Adakah perkara ini benar?

Puan Ainon Mohd, bisnes women yang berjaya menulis buku Psikologi Orang Berjaya, dalam buku ini ada satu bab iaitu 7 Perkara Ibu Bapa dan Guru Perlu Lakukan bagi Merangsang Pertumbuhan Kreativiti Kanak-Kanak.

1. Jangan cepat menilai

Jangan kita cuba membetulkan idea anak-anak kita apabila kita mengemukakan idea-idea yang diluar kotak dan luar biasa. Jangan kita mengkritik kesilapan-kesilapan yang terdapat pada idea itu. Jangan ajar cara-cara atau jawapan-jawapan yang betul menurut pandangan kita sebagai orang yang lebih tua.

2. Gunakan soalan-soalan terbuka

Kajian mendapati 90% daripada soalan-soalan yang diberikan kepada pelajar iailah jenis soalan yang mempunyai satu sahaja jawapan yang betul. Jawapan itu pula sudah diketahui oleh guru sendiri.

Soalan seperti ini tidak mendorong pelajar menggembangkan sikap ingin tahu, sebaliknya ia hanya mendorong pelajar untuk meneka apa yang ada di dalam kepala guru. Soalan terbuka bermaksud, soalan yang ada pelbagai jawapan dan mendorong pelajar untuk menggunakan daya kreatif bagi menjawabnya.

3. Galakkan minat belajar sendiri

Ibu bapa dan guru khuatir apabila anak-anak belajar sendiri, mereka akan belajar benda yang salah. Ibu bapa takut anak-anak belajar perkara yang tidak ditanya di dalam soalan peperiksaan di sekolah. Mereka mahu anak-anak belajar ‘benda yang betul’ sahaja. Ini salah.

4. Galakkan penilaian kendiri

Orang-orang yang mencipta idea kreatif tidak peduli apa penilaian orang lain terhadap idea-idea merek yang luar biasa. Mereka mementingkan pendapat mereka sendiri terhadap hasil ciptaan merea.

Elon Musk contohnya, pada Mac 1999, beliau mengasaskan X.com, sebuah perkhidmatan kewangan dalam talian dan syarikat pembayaran e-mel, dengan US $ 10 juta dari penjualan Zip2. Setahun kemudian, syarikat itu bergabung dengan Confinity, yang mempunyai perkhidmatan pemindahan wang yang dipanggil PayPal.

Syarikat yang digabungkan ini memberi tumpuan kepada perkhidmatan PayPal dan dinamakan semula sebagai PayPal pada tahun 2001. Pertumbuhan awal PayPal didorong terutamanya oleh kempen pemasaran yang viral di mana pelanggan baru telah diambil ketika mereka menerima wang melalui perkhidmatan tersebut.

3 lagi anda boleh baca di dalam buku Psikologi Orang Berjaya pada halaman 174 dan 175. Ainon Muhammad @ Ainon Mohd adalah seorang usahawan dan penulis yang kreatif dan aktif. Beliau adalah pengasas syarikat PTS Media Group Sdn Bhd dan ABS- Ainon Business School.