Artikel

7 Restoran Yang Halal di Korea Selain Restoran Gosami Yang ‘Khilaf’

oleh Asri Yussof pada 20 Jun 2016

Di sini saya kongsikan 7 Restoran selain dari Restoran Gosami yang khilaf pendapat antara sesama mereka yang sudah berkunjung ke sana.

Senarai ini diambil dari buku I’m Backpacker Korea ditulis oleh Halian Azurin, diterbitkan oleh Puteh Press.

 

1. Lotteria

Cawangan restoran ini ada di merata-rata Seoul. Ada di Lotterworld, Han River, 63 Building dan Myeongdong.

Dibuka dari pukul 10 pagi sehingga 9 malam, tapi lain cawangan lain waktu operasinya.

Harga makanan di sini bermula dari 5,000 won dan keatas. Kadar pertukaran wang hari ini, kalau 5,000 won bersamaan RM 17.51

Antara menu yang boleh kita nikmati di sini, ada Burger Udang dan Burger Sotong.

 

2. Yooganae

Yooganae terkenal dengan Nasi Goreng Seafood. Istimewanya restoran ini adalah pekerja restoran akan masak nasi goreng di hadapan pelanggan.

Lokasi cawangannya ada dua, pertama terletak di Myeongdong berdekatan dengan Uniqlo Main Building dan bersebelahan Shinhan Bank.

Kedua di kawasan Hongdae berdekatan kedai fesyen H&M. Beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 9 malam.

Harga makanan bermula dari 5,500 won. Satu menu sahaja yang sesuai dimakan di sini, iaitu Nasi Goreng Seafood.

 

3. Drama Cafe

Restoran halal ini terletak di Nami Island. Menu yang terkenal adalah Nasi Goncang.

Terletak di sebelah kanan bangunan Nami Library. Beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 7 malam sahaja.

Harga makanan bermula dari 6,500 won bersamaan RM 22.76. Ini pertukaran wang hari ni lah, kalau esok-esok duit Malaysia turun lagi, tak tahulah bersamaan berapa.

Ada dua jenis Nasi Goncang, iaitu Nasi Goncang Tuna dan Nasi Goncang Cheese atau boleh juga mencuba Lempeng Korea iaitu Pajon.

 

4. Namdaemun Kebab

Ini makanan halal yang basic yang selalu kita carilah. Kebab dari air tangan orang timur tengah.

Kebab halal ini dari Mesir yang terletak di tempat shopping paling best di Seoul, Namdaemun Market, Gate 6. Bersebelahan dengan NH Bank.

Dibuka dari pukul 11 pagi hingga 7 malam dan harga bermula dari 4,000 won (RM 14) sehingga 6,000 won (RM 21.01)

Kita boleh rasa Royal Cheese Kebab kalau datang ke sini.

 

5. Yang Good Restaurant

Ini adalah restoran kambing bakar halal. Sebab ia menghidangkan daging kambing, jadi harganya sedikit mahal.

Lebih kurang antara 20,000 won (RM 70.02) hingga 30,000 won (RM 105.03) untuk seorang makan.

Waktu operasi bermula dari pukul 4 petang sehingga 2 pagi. Untuk datang ke sini, keluar saja dari Yeoksam Station, ambil exit 6.

Yang Good menyediakan Marinate lamb dan Lamb steak.

 

6. Sindang Tteokpokki Town

Restoran ini paling terkenal menyediakan ‘Rice Cake’ atau Tteokpokki. Keunikannya di sini, Tteokpokki dimakan bersama mi, ramyeon atau ramen.

Untuk sampai ke sini mudah saja, keluar exit 8 dari Sindang Station Line 2 atau 6. Jalan terus kita akan nampak banyak restoran Tteokpokki.

Ia dibuka dari pukul 11 pagi sehingga 8 malam sahaja. Harga makan bermula dari 6,000 won seorang.

Antara yang sedap adalah Seafood Rapokki. Harus cuba!

 

7. Restoran Makan

Ya, nama kedai ini memang ‘Restoran Makan’. Mereka menghidangkan menu asli Korea yang halal dan berasaskan daging.

Keluar saja kita dari pintu gerbang Masjid Itaewon, kedai ini terletak di lorong sebelah kiri serta berdekatan dengan Restoran Wazwan dan Pak India.

Beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 8 malam. Harganya bermula dari 5,000 won hingaa 15,000 won.

Ikut menu kita pesan lah, lagi power menu kita lagi ‘up’ lah harga dia.

Kita boleh rasa Bulgogi dan Bibimpap.

 

Maklumat tambahan, Itaewon Street adalah tempat yang paling senang untuk kita mencari restoran atau kedai makan halal.

Lebih dari 20 kedai yang menyediakan makanan halal yang terdiri daripada kedai Arab, Pakistan, Turki, Indonesia, India dan Malaysia.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024