Artikel

7 Tabiat Ini Perlu Ada Jika Anda Mahu Berjaya

oleh Miqdam Rashid pada 09 Apr 2018

Setiap daripada kita punya impian dan cita-cita. Tidak kira impian itu kecil mahupun besar. Sehebat impian dan cita-cita adalah kita berjaya mencapainya.

Bagi mencapai impian dan cita- cita tidaklah sekadar hanya dengan berangan-angan semata-mata, berharap ia turun dari langit sekelip mata. Setiap kejayaan perlu didahului dengan impian dan semestinya usaha itu perlu dititipkan sedaya mungkin.

Namun tidaklah lengkap seandainya hanya impian dan usaha sahaja yang diperlukan dalam mencapai kejayaan. Perkara utama sebelum semua itu adalah sikap peribadi kita.

Buku tulisan Stephen R. Covey, The 7 Habits of Highly Effective People telah memberi inspirasi kepada jutaan pembacanya di seluruh dunia.

Buku pts

Klik di sini untuk memiliki buku ini.

Beliau memulakan intisari bukunya dengan mengisahkan bahawa kebanyakan orang berjaya di dunia ini masih mencari dalam diri mereka apa yang perlu dilakukan dalam membina keberkesanan peribadi dan meningkatkan hubungan yang baik sesama manusia.

Beliau percaya bahawa cara kita memandang dunia ini adalah bergantung kepada persepsi kita selalunya.

MENARIK: 5 Buku Terjemahan Antarabangsa Yang Evergreen sepanjang zaman

MENARIK: Buku ini hanya patut dibeli oleh mereka yang serius untuk mengubah kehidupan

Sifat manusia yang pelbagai itu menatijahkan impak diri mereka kepada dunia realiti. Ada manusia yang jujur, ada juga yang selalu menipu. Ada yang amanah dan ada juga yang khianat.

Semua itu sikap manusia yang sering kita perhati selama kita hidup di dunia ini. Stephen R. Covey menceritakan dengan terperinci disertakan dengan contoh-contoh yang menarik dalam menghuraikan 7 tabiat ini.

Beliau percaya dan telah menggariskan dalam buku beliau beberapa ciri penting untuk menjadi seorang yang sangat efektif dalam setiap perkara. Terdapat 7 ciri semuanya.

1. Be Proactive

Proaktif dalam Tindakan

2. Begin with the End in Mind

Mulakan sesuatu dengan matlamat yang jelas

3. Put First Things First

Mengutamakan yang perlu diutamakan

4. Think Win-Win

Buat sesuatu dengan memberi manfaat kepada diri dan orang lain

5. Seek First to Understand, Then to Be Understood

Memahami orang lain dahulu sebelum ingin difahami

6. Synergize

Sinergi bersama

7. Sharpen the Saw

Sentiasa memperbaharui diri

Klik di sini untuk lihat lebih banyak buku-buku di Bookcafe.com.my. Jimat lebih banyak wang.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024