Artikel

Bukti ISLAM Agama Tertua dan Sebab Muncul Pelbagai Agama

oleh Ahmad Iqram Mohd Noor pada 02 Nov 2016

Apabila membaca Al Quran, Allah sering mengkhabarkan perkaitan antara Nabi Muhammad dengan nabi-nabi terdahulu. Pengkhabaran kisah para nabi di dalam al Quran lebih komprehansif berbanding dengan kitab-kitab nabi terdahulu.

Dilihat di dalam Bible, setiap nabi-nabi Israel yang ditulis kisahnya (terdiri dari sejarah, tribulasi, khutbah) kemudian dinamakan sebuah gospel (buku-buku dalam Bible) seperti Josua, Daniel, Ezra, Ezekil, Zechariah dan lain-lain.

Jika diperhatikan di dalam setiap gospel nabi-nabi Israel ini, mereka tidak membawa sebuah kronologi kisah nabi-nabi sebelumnya secara menyeluruh kecuali nabi Musa a.s.

Bible

Kristian dan Yahudi, mereka beriman bahawa Taurat yang diturunkan kepada Musa terdiri daripada; Genesis, Exodus, Leviticus, Number & Deutronomy. Ia dikenali juga sebagai Pentateuch.

Di dalam kelima-lima buku ini, ia memberi sebuah kronologi kisah para nabi sebelum Musa khususnya seperti kisah Adam, Nuh, Ibrahim,Ismael, Ishak, Ya’qub, dan Yusof.

Nabi Musa seakan pemula bagi menceritakan perjalanan para nabi dan rasul yang lahir sebelumnya yang mana mereka tidak diberikan kitab samawi seperti baginda.

Setelah itu Musa mengkhabarkan akan lahirnya seorang nabi akhir zaman yang lahir di Mekah akan menyempurnakan agama ini (Deutronomy 18: 18-19 & Deutronomy 33:2)

Setelah itu, dapat dilihat perkara yang sama berulang kepada Nabi Muhammad SAW apabila baginda dikenali sebagai utusan terakhir.

Quran

Allah telah menurunkan Al Quran kepada baginda yang mana 1/3 isi Al Quran adalah menceritakan kisah para nabi terdahulu secara menyeluruh.

Bermula Adam, Nuh, Ibrahim, Ya’qub, Yusuf, Musa, Yunus, sehinggalah Isa (Majoritinya ayat Makkiyah; Nabi tidak pernah membaca Taurat & Injil untuk menceritakan salasilah yang sama).

Kesemua nabi-nabi ini diimani oleh muslim sebagai rasul yang membawa agama yang satu iaitu Islam sepertimana sebuah hadis shahih menyebut:

الأنبياء أولاد علات: أمهاتهم شتى ودينهم واحد

“Para nabi bersaudara, agama mereka satu.”

Sepertimana Ibrahim juga seorang muslim (Ali-Imran:67), Musa juga muslim (Yunus: 84), Isa dan pengikutnya juga muslim (Ali Imran: 52). Kesemua nabi dan rasul adalah muslim dan mereka semua membawa aqidah tauhid yang sama.

silsilah

Adalah tidak benar sekiranya seseorang mengatakan bahawa Islam adalah agama bermula pada zaman nabi Muhammad kerana seorang muslim mengimani baginda sebagai penutup segala nabi dan agama Islam telah disempurnakan oleh baginda.

Islam sebuah agama yang bermula dengan kejadian awal manusia. Hakikatnya satu agama sahaja yang diturunkan oleh Allah kepada para nabi.

Alasan paling popular dari kalangan Yahudi yang menolak Muhammad sebagai seorang rasul adalah disebabkan baginda tidak dilahirkan dari kalangan kaum Yahudi.

Alasan ini dilihat agak janggal kerana di dalam old testament yang mereka imani juga turut menceritakan terdapat nabi yang diutuskan bukan dari kalangan mereka.

Terdapat bukti di dalam Taurat (Pentateuch) bahawa terdapat seorang nabi diutuskan yang bukan dari kalangan mereka yang bernama Balaam atau Bileam yang dicerita panjang di dalam Book of Number bab 22-24.

Bileam diberikan wahyu, hikmah dan mukjizat sepertimana nabi-nabi Yahudi yang lain. Adalah tidak benar sekiranya orang Yahudi mengatakan, para nabi dan rasul hanya diutuskan dari kalangan mereka.

Perkara ini saya boleh buktikan di dalam penulisan akan datang dengan menyenaraikan individu yang bukan dari kalangan Yahudi disebutkan di dalam old testament dimana mereka diberi wahyu oleh Tuhan yang sama orang Yahudi imani.

Maka tidak patut timbul soal nabi akhir zaman diutuskan bukan dari kalangan Yahudi. Sekiranya ditakdir Muhammad dilahirkan dari kalangan kaum Yahudi nescaya apa yang berlaku kepada Jesus (Isa) akan berulang lagi.

Isa ditolak oleh kaum Yahudi, dijatuhkan hukuman bunuh (muslim mengimani ia tidak dibunuh), yang lebih parah apabila ajarannya akan diseleweng oleh tabiat tangan-tangan orang Yahudi yang gemar mengubah ayat-ayat Allah.

Terlalu banyak hikmah yang dapat diketahui mengapa Muhammad tidak diutuskan dari kalangan kaum Yahudi, perkara ini saya kupas di dalam buku Yahudi Kristian Hindu Buddha Berasal Daripada Islam?

Maka timbul persoalan, sekiranya Islam satu-satunya agama yang diturunkan oleh Tuhan, bagaimana terwujudnya agama-agama lain?

Sebenarnya perkara ini telah banyak diceritakan di dalam al Quran antaranya yang bermaksud:

“Manusia itu adalah umat yang satu. Maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkann itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus. (al Baqarah: 213)

Malah di dalam ayat lain Allah juga mengkhabarkan perangai orang ahli kitab yang mengubah ayat-ayat Allah (kitab-kitab) dengan tangan-tangan mereka.

Hakikat wahyu yang satu tetapi diubah-ubah menjadi ajaran (agama) yang berlainan hasil dari tangan orang yang mengubah ayat-ayat Allah, ahli bid’ah, dan juga penguasa yang menggunakan agama demi kepentingan politik.

MENARIK: Bid’ah Perkara Paling Bahaya Dalam Agama, Penyebab Lahirnya Pelbagai Aliran Agama

MENARIK: Isu-Isu Sensitif Dalam Setiap Agama yang ramai tidak tahu

Ya, sejarah merakamkan dua golongan inilah menjadikan agama itu berubah wajah samada ia menjadi suatu kebaikan atau sebaliknya. Agamawan dan juga pemimpin yang menggunakan agama untuk kepentingannya.

Agama Buddha

buddha

Lihat sejarah bagaimana agama Buddha disusun khusus campur tangan raja-raja di India:

  1. Bermula persidangan Rajagaha (pertama) agama Buddha masih dapat mengekalkan ajarannya yang tidak mengukir berhala (Aniconism), yang mana mereka masih mengikut ajaran menurut dua kitab muridnya iaitu Upali dan Ananda (Dharma & Vinaya)
  2. Tetapi setelah memasuki persidangan ketiga Pataliputra oleh Raja Asoka maka berlaku penambahan kitab dikenali sebagai Abhidama yang tidak dikenali sebelum itu. Lalu menggabungkan dengan kedua buah buku sebelumnya maka lahirlah Tripitaka (tiga bakul) yang menjadi kitab agama Buddha. 
  3. Begitu juga seterusnya apabila sampai kepada zaman Greco Bactria (pemerintah dari peninggalan Alexander dari Yunani) yang memerintah sebahagian utara India mula memasukkan pengaruh ukiran Hellenisme terhadap Buddha (Greco Buddism Art) sehingga mewujudkan pengukiran patung terhadap Buddha. 
  4. Setelah itu Raja Kanishka pemerintahan Kushan di Kashmir memperkembangkan lagi tradisi ini, agama Buddha mula terkenal dengan seni pengukiran patung-patung lalu disebarkan melalui Silk Route dan ‘penyembahan’ berhala mula menguasai agama Buddha. 
  5. Pada zaman ini juga persidangan keempat berlangsung di Kashmir yang menjadi pemisah kepada nama-nama mazhab utama dalam Buddha iaitu Mahayana dan Theravada. Kombinasi politik dan agamawan dalam perpecahan.

Agama Kristian

christian

Begitu juga dengan Krsitian, bermula kemuncak kerosakkan agama ini selain daripada tangan ‘agamawan’ saint Paul,

Golongan pemerintah Rom juga bermain peranan ketika melakukan persidangan Nicea mereka mengiktiraf aqidah Trinity (Nicene Creed) lalu mengkafirkan golongan Arian (Unitarian) yang bermazhab tauhid dan mereka menolak ketuhanan Jesus.

Agama Hindu

hindu

Begitu juga dengan agama Hindu, apabila sampai kepada zaman pemerintahan Gupta, maka raja-raja bersama dengan Brahmin agama Hindu mula mengiatkan pengukiran berhala mengikut kitab-kitab Purana,

purana

Membangunkan kuil dan menjadikan agama Hindu berpecah kepada aliran penyembahan seperti

Sedangkan perkara ini tidak pernah diperkenalkan sebelumnya.

MENARIK: Nikmat bertemu Uthaya Sankar

Agama Zoroaster

zoroater

Gambar: Kuil Zoroaster

Begitu juga berlaku kepada agama Zoroaster di Parsi. Setelah Parsi dihancurkan oleh tentera Alexander the great maka tradisi agama Zoroaster juga turut hancur.

Sehingga berlaku penulisan dan penghimpunan semula ajaran Zoroaster pada zaman empayar Sasanid di Parsi.

Empayar Sasanid juga merupakan Teokrasi Zoroaster dan mereka menghidupkan kuil untuk:

zoroaster

Gambar: Kubur Darius The Great dan Kaabah dalam agama Zoroaster

parsi

Gambar: Ketika di Kota Persepolis, Kota Yang Dibina oleh Darius The Great dan dihancurkan oleh Alexander The Great, Ibu Kota Parsi (Sekarang, Iran)

Khususnya di Yazd (ibukota Sasanid) dan sebahagian India. Agama yang tidak pernah menyembah api turut terkena evolusi ritual agama oleh kuasa politik.

Agama Islam

islam

Begitu juga kita melihat di dalam sejarah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad juga berpecah disebabkan dua golongan ini:

Seperti wujudnya Syiah, Khawarij, Murjiah berlandaskan faktor politik dan juga perselisihan di dalam agama. Kombinasi ini cukup menjadikan agama itu berubah wajah dan mewujudkan aliran agama baru.

Bukan memberi makna politik dan pimpinan teokrasi itu salah kerana sepatutnya politik dan kekuasaanlah yang dapat memberi tunjang yang kukuh buat agama.

Agama tersebar daripada pemerintahan dan kuasa-kuasa pemimpin yang besar. Akan tetapi sekiranya agama itu ditunggang mengikut kehendak pemimpin maka kesannya amat besar kerana ia boleh merosakkan agama.

Begitulah realiti bagi memahami bagaimana asalnya satu-satu agama yang diturunkan oleh Allah boleh berubah bentuk menjadi agama-agama yang ada pada hari ini.

buku iqram

Di dalam buku Yahudi Kristian Hindu Buddha Berasal Daripada Islam? terbitan PTS Publishing House Sdn. Bhd, saya membahasnya secara mendalam tentang agama:

Agama

Saya mengharapkan dapat mewujudkan suatu wacana baru di dalam dunia ilmu perbandingan agama yang bukan sahaja terlibat dengan kajian teknikal sahaja tetapi ia harus menjurus kepada aqidah Islam itu sendiri. Wallahua’alam.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2020