Artikel

Adakah HAMKA Menulis Novel Islami?

oleh Asri Yussof pada 09 Dec 2016

HAMKA ketika menulis Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck 77 tahun dahulu, tidak pernah mendakwa novel yang ditulis oleh beliau itu sebuah novel islami.

Hari ini novel Islami sudah menjadi salah satu genre dalam industri perbukuan.

promo hamka

Klik di sini untuk membeli buku-buku HAMKA yang murah!

Malah sebelum munculnya novel Islami ini, Sastera sudah disanggah dengan perkataan baharu iaitu Persuratan. Kebanyakan yang berminat untuk menggunakan term persuratan ini,

Mereka mengagak ianya lebih bernuansa Islami kerana persuratan lahir dari kata dasar ‘surat’ yang dipinjam dari bahasa Arab.

Persoalannya, adakah Islam itu berdiri atas bahasa Arab sahaja? Kita perlu menyanggah apa yang sering disebutkan oleh ustaz ustazah kepada kita tentang syurga.

Iaitu, di syurga nanti kita semua fasih bertutur dalam bahasa Arab dan Tuhan juga bercakap dengan kita dalam bahasa Arab.

quran

Seolah-olah kita memperkecilkan kuasa Tuhan yang telah mencipta pelbagai bahasa. Perlukah kita masuk ke ruang perbincangan novel islami atau tidak jika kandungan novel yang dikatakan islami itu hanyalah pada pakaiannya sahaja?

Inilah bahaya apabila berlakunya silap faham keatas makna ‘patuh syariah.”

Adakah HAMKA menulis Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck itu dengan memakai makna sebuah novel islami yang penuh moral etika dan menjaga hukum syariat?

...Termenung Hayati sebentar. Tiba-tiba dibukanya selendang yang melilit kepalanya, dicabutnya beberapa helai rambutnya, diberikannya kepada Zainuddin, “Inilah, terimalah! Selamat jalan… - hlm 80

Apa yang penting bagi HAMKA bukanlah persoalan teks itu mematuhi syariat ataupun tidak tetapi lebih dari itu,

HAMKA pentingkan kritikan yang membina untuk umat agar manusia dipandang setaraf tanpa pangkat, darjat dan keturunan.

Mahu pilih persuratan atau kesusasteraan bukanlah masalah yang penting untuk dibahaskan, yang penting tulisan itu mampu menjadi suara kepada golongan yang tertindas.

Novel Islami hari ini tidak lain sekadar sebuah novel cinta yang hanya di ‘islamisasikan’ keatas pakaiannya sahaja.

HAMKA menulis Tuan Direktur itu jauh sekali dari norma ‘novel Islami’ yang kita faham hari.

tuan direktur

Novel ini ditulis untuk mengkritik faham Kapitalisme dan memaparkan kelas sosial manusia di bandar besar seperti Surabaya.

MENARIK: Inspirasi dari Buku Cerita HAMKA

MENARIK: Tafsir Al-Azhar Karangan HAMKA yang Lahir dari Penjara

Sinipis-nipis Tuan Direktur ia tetap mempunyai makna yang begitu besar.

Engkau hendak membuka perusahaan, Fauzi? Boleh, tetapi tegakkan cita-cita lebih dahulu sebelum berusaha. Misalnya, berusaha kerana hendak membela kaum buruh dan kaum nganggur. Kalau cita-cita itu engkau tegakkan, engkau menjadi budak dari cita-citamu, bukan jadi budak dari wangmu.  - hlm 122

Petikan seterusnya ini juga diambil dari novel Tuan Direktur,

Pada kali-kali itulah nyata terbentang bahawa manusia tidak berdaya untuk menyembunyikan aib atau cela masyarakat. Di pinggir kali itu lalu dengan cepatnya auto yang mahal, sedang beberapa orang tidak tentu rumah tangganya, mandi di bawah dengan tidak memakai kain sehelai benang jua. Beberapa perempuan melintas di atas jambatan dengan pakaiannya yang indah, di bawah beberapa perempuan lagi sedang menyudahkan kain cucian yang dicucinya dengan diupah. - hlm 2

Gambaran novel Islami yang kita difahami hari ini adalah, tiada adegan bersentuhan, wanita sentiasa memakai tudung, lelaki memakai ketayap/kopiah, dan meluahkan beberapa dalil al-Quran, paling penting menambah perasa dengan ayat-ayat cinta yang manis-manis.

“Assalamualaikum Cinta - Walaikumussalam Rindu” sudah membuatkan semua perempuan hijabi cair dan lelaki syabab tanpa ragu-ragu ingin menghalalkan hubungan.

Melawan pemerintah yang zalim, menyanggah kebiasaan masyarakat, membantu yang lemah dan membebaskan golongan yang tertindas adalah wajah sastera yang tidak islam atau bukan novel Islami.

“Penyair haruslah berjiwa ‘bebas dan aktif’. Bebas dalam mencari kebenaran dan aktif mempertanyakan kembali kebenaran yang pernah diyakininya.” - Wiji Thukul

Suku puak Penan di Sarawak yang tidak terbela, Temiar yang ditindas, kalau tidak boleh lagi diharap kepada suku puak politik untuk membela, sasterawan yang perlu bekerja keras membela.

simposium

Klik di sini untuk mendaftar

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024