Artikel

Ain Maisarah Lancar Novel Jutawan Gedik

oleh Roziyah pada 11 Nov 2011

Penulis buku remaja popular, Puan Ain Maisarah menjemput semua peminatnya ke pelancaran Novel terbaru beliau bersama Berita Harian.

Novel Jutawan Gedik hasil daripada novel bersiri yang disiarkan dalam Berita Harian ini dikompilasikan menjadi sebuah buku yang pastinya mengujakan peminat Ain Maisarah.

Jutawan Gedik ini berkisar mengenai Kelab Jutawan Sri Bangsar. Bagi mereka yang sudah biasa dengan siri Aku Mahu hasil tulisan Ain Maisarah pastinya teruja mengetahui kesinambungan kisah The Wannababes ini.

Pelancaran yang diadakan di Banglo Pink Ain Maisarah ini akan diadakan di No 12, Persiaran Titiawangsa, Kuala Lumpur pada 26 November 2011 ini bermula dari jam 2 petang hingga 4 petang.

20 orang pertama yang membawa 5 keratan iklan promosi yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian juga akan menerima Pasport Pink AinMaisarah dan goodie bag istimewa daripada Berita Harian.

Pemegang pasport juga berpeluang melakukan aktiviti-aktiviti menarik seperti spa, mekap, sesi bergambar, berinai, mendengar ceramah penulisan serta melihat pameran 1000 buku PTS yang terbaik.

Sebagai maklumat tambahan, pelancaran ini sempena Perjumpaan Tahunan Pembaca Ain Maisarah di Banglo Pink Ain Maisarah. Perjumpaan ini dibuka kepada umum pada 26, 27, dan 28 November 2011 ini bermula dari jam 9 pagi hingga ke 9 malam.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024