Artikel

Anda Harus Baca Buku Ini Jika Mahu Bercinta Sampai ke Syurga

oleh Huzaifah Abd Jamil pada 17 Oct 2016

Keindahan alam percintaan tidak dapat diterjemahkan dengan sempurna tanpa pelayaran ke bahtera rumah tangga. Lebih indah lagi, jika ia berakhir dengan kedua pasangan bertemu di syurga yang kekal abadi.

Begitulah hakikat percintaan yang sebenar. Mahligai perkahwinan ini tidak akan terbina melainkan dengan rasa kasih, setia, dan sifat tanggungjawab antara suami dan isteri.

Kerana itulah, cinta yang berakhir tanpa perkahwinan adalah sebuah kepalsuan dan fatamorgana yang menipu.

family

Perkahwinan adalah sebuah perjalanan yang amat panjang. Ia ibarat pokok, daripada akar kekeluargaan akan menumbuhkan ranting dan dedaunan, itulah dia suami isteri, yang akhirnya menumbuhkan anak-anak sebagai penyejuk hati dan penenang jiwa.

Itulah keindahan perkahwinan. Sayang sekali, kebanyakan kita hari ini tertipu dengan keindahan cinta tanpa keinginan untuk menjejakkan kaki ke pentas pelamin.

Bercinta tidak perlu kepada tanggungjawab memberi nafkah dan wang dapur, dan tiada anak-anak yang perlu diberi perhatian.

MENARIK: Perkahwinan Bukan Seperti Drama Akasia TV3

MENARIK: Cinta Itu Memberi, Bukan Memiliki

cinta

Pandangan inilah yang menyebabkan mereka melihat perkahwinan sebagai pemusnah kebahagiaan yang dibina dalam percintaan.

Anggapan sedemikian sebenarnya memberi indikasi bahawa kita belum mencapai kematangan dalam percintaan.

Perlu difahami, perkahwinan adalah sebuah ikatan yang membawa pasangan suami isteri ini ke aras yang lebih tinggi dan sukar, sekaligus berusaha mematangkan diri bagi menghadapi rintangan-rintangan yang mendatang.

family 2

Atas dasar tanggungjawab memberi pendedahan isu-isu berkaitan kekeluargaan sama ada sebelum berkahwin, semasa menjalani kehidupan sebagai suami isteri, dan juga selepas memperoleh cahaya mata,

Ustaz Rohidzir Rais kembali dengan buku terbaru Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Keluarga.

Buku ini menjawab secara ringkas beberapa persoalan semasa mengenai kekeluargaan. Tidak dinafikan, kehidupan berkeluarga hari ini menuntut suami dan isteri keluar bekerja demi menjamin keberlangsungan hidup.

Buku Anda Bertanya Ustaz Menjawab mengenai keluarga

MENARIK: Beli Buku Lebih Mudah Sekarang di Bookcafe.com.my

Justeru, buku ini membuka beberapa jalan bagi mengatasi isu-isu berkaitan sekaligus menjemput keharmonian dalam institusi keluarga.

Tidak rugi untuk anda memiliki buku ini, terutama mereka yang bakal melayari bahtera rumah tangga. Pengisian yang ringkas dan padat, disusuli dengan beberapa penyelesaian berdasarkan fiqh dan pemerhatian semasa.

Buku ini memberi satu kelainan dalam perhubungan antara suami, isteri, dan juga anak-anak dalam sebuah keluarga.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024