Artikel

Anugerah Pekomik 2012 - Komik-M terus sukses!

oleh Abdul Hakim Khairuddin pada 24 May 2012

Kuala Lumpur 20 Mei – PTS sekali lagi berjaya mengekalkan anugerah Penerbit Terbaik seperti tahun lalu bersempena majlis Anugerah Pekomik 2012 yang berlangsung di KDU Damansara. Lebih manis, kejayaan ini turut disusuli dengan beberapa anugerah lain seperti Penulis Komik Terbaik, Komik Terbaik dan Kaver Terbaik.

Menurut Pengurus Penerbitan PTS POP, Wan Zuhairi Wan Zainuddin, anugerah ini adalah hasil kerjasama seluruh keluarga PTS yang banyak membantu dan sokongan yang padu yang diberikan oleh pihak pengurusan tertinggi PTS.

Tambahnya lagi, semoga anugerah dan pengiktirafan ini dapat meningkatkan lagi kredibiliti PTS sebagai penerbit komik tempatan. Yang paling penting, diharapkan pengiktirafan ini dapat dicerminkan dengan jualan komik yang lebih tinggi serta pulangan royalti yang lebih lumayan buat para pekomik.

Syabas dan Tahniah buat tim PTS POP!

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Pekomik 2012:

 

Kartun Satu Muka Terbaik:

“Lawak Antara Benua” (Apo? #297) oleh Joe Labu (ms 11)

Siri Komik Kartun Terbaik:

“Major Zombie: The Blood Trail” oleh Lefty dan Faezal

3. Siri Mini /Komik Pendek Terbaik:

“Boleh Saya Tumpang” (Apo? #297) oleh Lambok

Majalah Komik Terbaik:

Apo?

Komik Strip Suratkhabar Terbaik:

“Iblis Tujuh Nyawa” (Berita Minggu) oleh Zoy

Anugerah Berus Emas PeKOMIK (Lifetime Achievement Award)

Rizalman

Penerbit Terbaik:

PTS Media Group Sdn Bhd (Komik-M)

Komik Amatur Terbaik (Self-published, doujin)

“Dynasty-Prelude: The Distant Dreamers” oleh Yungs dan Kit

Warnaan Terbaik:

Sangkakaler dan Nanzo ( Andika : NeoSantara Saga )

Pelukis Komik Antarabangsa /Online Terbaik:

Puppeteer (“War of the Worlds - Goliath: St Petersburg”, Heavy Metal Summer 2011)

Illustrator Manual./Digital Terbaik:

Oren (“Sorrow Symphony”, Apo?)

Lukisan Kulit Muka Terbaik:

“Aku, Kau & Sekolah” (cover oleh Zul Fadhli Kamarrudin & Dzulfeqar Nasir)

Penulis Terbaik:

Tembakau (“44 Cinta”, Aku, Kau & Cinta)

Komik Baru Terbaik:

“Andika: Neosantara Saga” oleh Nanzo

Pelukis Komik Terbaik:

Oren (“Sorrow Symphony”, Apo #302)

Komik Terbaik:

“44 Cinta” (Aku, Kau & Cinta) oleh Tembakau


 

 


 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024