Artikel

Arena Buku PTS Kembali Menyengat @PBAKL 2013!

oleh Masliza Nawi pada 22 Apr 2013

Mesti ada di antara kita yang menantikan kedatangan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kan? Tahun ini bertempat di Dewan Tun Hussein Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dari 27 april 2013 hingga 5 mei 2013. Melibatkan penyertaan sebanyak 12 buah negara asing dan 750 buah arena termasuk PTS.

Menurut Eksekutif Pemasaran PTS, Cik Raina Binti Ab Rahman, kali ini PTS memilih untuk menggunakan tema Buku Untuk Semua kerana di PTS buku yang diterbitkan berkonsep  kontemporari, merangkumi semua topik, malah sesuai untuk setiap golongan dan peringkat umur.

PTS juga akan menerbangkan khas buat para peminat seorang penulis yang sangat digeruni dan banyak membongkar kisah jelik Amerika dan Yahudi iaitu Tuan Jerry D. Gray. Beliau adalah penulis untuk buku Deadly Mist. Mahu tahu bila? Peminat semua mesti mengikuti portal PTS ya!

Semua peminat buku PTS dijemput untuk singgah ke Arena Buku PTS dari Isnin hingga Khamis bermula dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam manakala Jumaat hingga Ahad serta cuti umum, arena akan mula beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam. Pastinya PBAKL kali ini akan lebih hebat dari tahun sebelumnya. Jangan lupa temu janji kita, jumpa di sana!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024