Artikel

Ayat-Ayat Cinta 2 Bakal Tayang Pada 21 Disember ini

oleh Asri Yussof pada 26 Oct 2017

Filem Ayat-Ayat Cinta yang ditayangkan pada tahun 2008 lalu menjadi fenomena kerana julung-julung kalinya novel genre islami sebegitu diangkat ke layar lebar. Filem yang diangkat dari novelis terkenal indonesia, Habiburrahman El Shirazy mendapat kutipan box office sebanyak 13 juta USD daripada bajet produksi hanya 1.3 juta USD.

Ayat-Ayat Cinta menjadi filem kedua Indonesia yang dirakam di Mesir selepas Ketika Cinta Bertasbih. Tetapi kerja laju dari tim produksinya menjadikan filem ini ditayang setahun lebih awal dari filem Ketika Cinta Bertasbih.

Klik di sini untuk menonton trailer filem Ayat-Ayat Cinta 2

Selepas 9 tahun kita menunggu sambungan kisah Fahri, Aisya dan Maria, kini filem Ayat-Ayat Cinta 2 kembali menemui semua penonton di Malaysia, Indonesia dan Singapura pada 21 Disember ini.

Ayat-Ayat Cinta 2

 

Guntur Soehardjanto diberi kepercayaan untuk mengarah filem kedua ini. Guntur adalah pengarah yang sama bagi filem 99 Cahaya di Langit Eropa. Kita semua akan tertunggu untuk melihat bagaimana sentuhan Guntur akan memberikan sesuatu yang berbeza dengan cara olahan Hanung Bramantyo pada filem pertamanya.

Hanung Bramantro

(Gambar) Kiri - Guntur Soehardjanto, kanan - Hanung Bramantyo

Hanung Bramantyo dalam salah satu wawancaranya di rancangan 1 Indonesia memberitahu, filem Ayat-Ayat Cinta adalah filem yang beliau paling rasa bersalah untuk melakukannya. Ini kerana jalan ceritanya mengangkat isu poligami. Baginya, beliau telah menyakiti banyak hati wanita kerana memaparkan tentang poligami.

Pelakon Malaysia, Fazura dan Bront Palarae turun bersama-sama menjayakan filem Ayat-Ayat Cinta 2 ini bersama pelakon utamanya, Fedi Nuril, Chelsea Islan dan Dewi Sandra.

Pelakon Ayat-Ayat Cinta 2

(Gambar) Barisan pelakon filem Ayat-Ayat Cinta 2 bersama penerbit Manoj Punjabi ketika penggembaraan di Budapest.

Bront Palarae dalam filem ini, memegang watak baru sebagai bekas askar Israel. Beliau dilihat aktif membintangi filem-filem dari luar (Indonesia) yang paling terbaru adalah filem Pengabdi Setan.

“Saya pun tak tahu, mungkin rezeki saya di situ. Lagipun, orang Malaysia dah banyak tak panggil saya sebab itu saya banyak buat cerita dari seberang. Kebetulan skrip mereka banyak yang menarik dan pelbagai watak baru yang saya terima. Saya rasa perkara ini membawa sesuatu yang baru dalam hidup saya,” ujarnya kepada tonton extra.

Ayat-Ayat Cinta 2 diproduksi selama 50 hari. Proses rakaman dimulakan pada 5 Ogos 2017 di Gaza, Palestina. Selain di Gaza, Jakarta, Skotland, London, dan Budapest menjadi tempat penggembaran filem ini.

Manoj Punjabi

(Gambar) Manoj Punjabi di majlis sidang media pelancaran lagu tema Ayat-Ayat Cinta 2 yang dinyayikan oleh Rossa.

MD Entertainment yang diketuai oleh Manoj Punjabi sebagai penerbit untuk filem Ayat-Ayat Cinta 2 antara yang telah banyak menerbitkan karya-karya yang bermutu seperti Rudy Habibie, Syurga Yang Tak Dirindukan dan Habibie & Ainun.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024