Artikel

Baca@Ramadan Semakin Meriah: Warnai Bulan Ramadan

oleh Roziyah pada 25 Jul 2011

Selaras dengan usaha memeriahkan Ramadan dan Syawal dengan semangat membaca, pelbagai buku menarik yang sesuai dibaca di bulan Ramadan disediakan kepada peminat-peminat buku.

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, PTS selaku penerbit berbahasa Melayu nombor satu di Malaysia membawakan buku-buku menarik dan terbaik bagi menyambut bulan Ramadan dan Syawal yang akan menemui umat Islam tidak lama lagi.

Melalui kempen Baca@Ramadan yang dianjurkan oleh PTS, buku-buku istimewa Ramadan dan Syawal sudah sedia menanti bagi mengisi masa tuan dan puan peminat buku tempatan.

Antara buku menarik yang sedia menanti peminat buku termasuklah buku kanak-kanak, remaja, komik dan buku-buku umum.

Bagi buku kanak-kanak, PTS melalui anak syarikatnya membawakan buku-buku yang menceriakan Ramadan dan Syawal seperti 101 Info: Seronoknya Berpuasa, Idola: Budak Surau, Sarah dan duit raya serta banyak lagi buku menarik.

Selain itu Komik-M juga menyediakan komik-komik menarik sebagai bahan bacaan Ramadan dan Syawal. Antara buku menarik hadiah daripada Komik-M termasuklah Baju Raya dari Syurga dan Raya#2.

Tidak ketinggalan, buku-buku umum juga disediakan bagi menambah amalan dan pahala di bulan Ramadan dan Syawal. Antara buku menarik yang disenaraikan termasuklah Al-Amin, Tafsir Ayat Ahkam, Fahami Bacaan dalam Solatmu, Puasa Terapi dalam Ibadah dan banyak lagi.

Tuan dan puan juga boleh mendapatkan maklumat berkait buku-buku Ramadan dan Syawal melalui iklan yang disiarkan di Majalah Mutiara Minda, Akhbar Harakah, Johor Biz, Majalah Ana Muslim, Majalah Asuh serta Katalog Ramadan Mutiara Minda.

PTS juga turut melakukan promosi dengan meriah di radio terkemuka Malaysia dengan menampilkan ikon ternama yang pastinya mencuit hati pendengar.

Selain itu, bagi menjalankan tangungjawab sosialnya, PTS juga mengadakan program wakaf buku yang memberi peluang kepada pelanggan PTS membeli dan mewakafkan buku-buku terbitan PTS kepada organisasi yang memerlukan. Layari www.bookcafe.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Dapatkan maklumat buku-buku serta maklumat menarik berkait Ramadan dan Syawal di minisite rasmi pts iaitu di www.pts.com.my/ramadan yang memberikan informasi terkini serta bahan menarik bagi bacaan Ramadan dan Syawal tuan dan puan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024