Artikel

Bagaimana Mahasiswa Boleh Menggunakan KADS1M Dengan Bijak?

oleh Bookcafe.com.my pada 08 Mar 2018

Memetik dari BH Online, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh memberitahu , sejumlah RM300 juta peruntukan akan disalurkan kepada 1.2 juta penuntut pelbagai institusi pengajian tinggi serta pelajar Tingkatan Enam pada tahun ini.

“Peruntukan ini selaras dengan Bajet 2018 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membantu mengurangkan kos sara hidup yang dialami penuntut institusi pengajian tinggi,” katanya pada Program #KIT Keeping In Touch Menteri Pendidikan Tinggi bersama Pemimpin Mahasiswa di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), semalam.

Datuk Seri Idris Jusoh

Semua mahasiswa akan menerima bantuan pelajar pendidikan tinggi (BPPT) bagi tahun 2018 yang akan dikreditkan melalui Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) yang dijangka bermula pada 15 Mac ini.

Beliau berkata, peruntukan berkenaan boleh digunakan bagi pelbagai tujuan termasuk pembelian buku, alat tulis, peralatan komputer dan penggunaan internet.

KADS1M menggantikan baucer buku 1 Malaysia yang mula diperkenalkan sejak 2012. Sejak KADS1M diperkenalkan, pelbagai isu muncul yang memberitahu mahasiswa menggunakan duit tersebut untuk membeli makanan dan peralatan lain berbanding pembelian buku untuk rujukan mereka.

KADS1M

Dengan wujudnya KADS1M yang menggantikan sistem baucer buku, diharap semua mahasiswa tetap menjadi cerdik dengan membeli buku untuk bahan bacaan mereka. Apa yang disarankan oleh pihak kerajaan untuk pembelian buku menggunakan KADS1M adalah wajar.

KADS1M

Ahli politik dan peguam pada zaman Rom dahulu, Marcus Tullius Cicero pernah berkata, “A room without books is like a body without a soul.” - bilik tanpa buku-buku adalah diibaratkan tubuh badan yang tidak mempunyai jiwa.

Haruki Murakami

Haruki Murakami, penulis karya fiksyen dari Jepun juga pernah menukilkan, “If you only read the books that everyone else is reading, you can only think what everyone else is thinking.” - Jika anda hanya membaca buku yang dibaca oleh orang lain, anda hanya boleh berfikir apa yang sama orang lain fikirkan.

Di Bookcafe.com.my, bagi memudahkan mahasiswa membuat pembelian buku secara atas talian, kami menerima pembelian buku menggunakan KADS1M untuk semua jenis buku yang mahasiswa mahu.

Anda hanya perlu untuk pilih pembayaran menggunakan KADS1M Debit-i (KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA) pada bahagian payment options sebelum membuat pembayaran.

KADS1M

Klik di sini untuk membuat pembelian di Bookcafe.com.my

Atau jika anda berdekatan dengan Selayang, anda boleh hadir ke kedai buku fizikal kami yang terletak di Selayang 18, Bandar Baru Selayang dan membuat pembelian buku-buku menggunakan KADS1M.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024