Artikel

Bagaimana Uber Membuat Duit Untuk Kita

oleh Asri Yussof pada 16 May 2016

Dalam kita memilih untuk menggunakan teksi, tentu saja kita ingin tahu bayaran untuk setiap perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang ingin kita tuju.

Kita akan membandingkan harga-harga setiap perjalanan yang selalu kita tempuhi dengan tawaran dari pelbagai jenis teksi yang ada.

Uber atau ‘teksi Uber’ ini diasaskan oleh Travis Kalanick dan Garrett Camp pada tahun 2009. Seterusnya bermula pada tahun 2012, Uber berkembang menembusi pasaran antarabangsa. Menjelang akhir tahun 2015, aset Uber dianggarkan bernilai USD 62.5 bilion. Perkhidmatan Uber sudah dikenali di seluruh dunia. Aplikasi Uber telah digunakan secara meluas merangkumi lebih 374 bandar di 85 buah negara.

Kehadiran Uber di Malaysia memberi suatu impak yang sangat besar. Perubahan berlaku 360 darjah. Kita yang biasa dengan teksi tentu saja akan mencuba perkhidmatan Uber untuk merasai bagaimana harga yang ditawarkan dan keselesaannya.

Kemunculan Uber telah menyebabkan pemandu-pemandu teksi membuat bantahan kerana kemerosotan pendapatan mereka.

Pada 29 Mac yang lalu, pemandu-pemandu teksi telah berkumpul bersama teksi mereka di hadapan Hotel Grand Millennium dan berdekatan pusat membeli-belah Fahrenheit 88 dan Pavilion, Bukit Bintang, Malaysia.

Bila difikirkan semula, dalam hal bisnes, pengguna atau pelanggan menjadi kuasa besar dalam merubah landskap sesuatu bisnes.

Demikian yang berlaku keatas landskap bisnes teksi. Pengguna sudah beralih kepada Uber atau Grab Car.

Apa sebenarnnya yang Uber tawarkan kepada kita sebagai pengguna atau kepada mereka yang ingin membuat duit melalui Uber?

  1. Savy Consumer dan Smart Driver. Perkhidmatan Uber lebih mudah, murah dan menjimatkan masa penumpang. Tempahan di hujung jari dan pembayaran boleh menggunakan kredit atau debit kad serta cash.

  2. Kod Promosi. Penumpang yang mendaftar kali pertama dengan menggunakan Special Invite Code (Kod Promosi) daripada penumpang lain mendapat tambang percuma berjumlah RM 20. Pemilik kod juga turut mendapat kredit dengan jumlah yang sama.

  3. Tiada yuran pendaftaran untuk menjadi pemandu Uber atau disebut Uber Partners

  4. Komisen Pemandu Uber melalui Refferal Uber. Pendaftaran pemandu baharu menggunakan kod promosi kita sebagai pemandu yang lama, pihak Uber akan membayar sehingga RM 200, sejurus pemandu baharu yang kita perkenalkan sudah melengkapkan 20 trip perjalanan pertama mereka.

  5. Kita boleh memilih kategori kereta dan kadar tambang dengan menggunakan UberX, UberXL atau Uber Black.

Buku Buat Duit Dengan Uber memberitahu kita secara lengkap bagaimana kita yang mempunyai kereta, tidak lagi menjadi liabiliti, tetapi telah menjadi aset melalui Uber.

Penulis buku ini lengkap menulis bagaimana Uber membuat duit untuk kita, mendaftar dengan Uber, merancang sasaran pendapatan, membina network dan menyertai geng Uber, mempelbagaikan sumber pendapatan serta paraturan dan undang-undang yang perlu diketahui.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024