Artikel

Bagaimana Zakat Berfungsi Kepada Pemberi, Penerima dan Harta yang Dizakatkan?

oleh Asri Yussof pada 28 Jun 2016

Kepada Pemberi Zakat

  1. Menyucikan jiwa daripada sifat bakhil

  2. Mendidik supaya berinfak dan memberi

  3. Supaya berakhlak dengan akhlak Allah swt

  4. Zakat adalah tanda syukur atas nikmat Allah swt

  5. Mengubati hati daripada rasa cinta dunia

  6. Mendorong manusia menghilangkan ego

  7. Menarik rasa simpati dan cinta kepada golongan yang lemah

  8. Menyucikan harta daripada bercampur dengan hak orang lain

  9. Mengembangkan dan memberkati harta

  10. Membuat hati menjadi tenang

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka dan mensucikan mereka.”

(Surah At-Taubah, ayat 103)

 

Kepada Penerima Zakat

  1. Meringankan bebanan tanggungjawab

  2. Menghilangka sifat dengki dan benci

 

Kepada Masyarakat

  1. Dapat mengurangkan bebanan ekonomi asnaf

  2. Mengurangkan jurang antara yang kaya dan miskin

  3. Mengurangkan masalah dengki dan rosaknya hubungan antara manusia

  4. Membantu mereka yang menjadi mangsa dalam bencana alam

  5. Membantu golongan bujang untuk berkahwin

 

Kepada Harta yang Dizakatkan

  1. Menyucikan harta

  2. Mengembangkan harta dan mengalir kepada mereka yang memerlukan

  3. Harta menjadi lebih baik

  4. Zakat sebagai harta simpanan di akhirat

Sesungguhnya, harta seorang daripada kamu yang sebenarnya adalah yang sudah ditunaikan dan harta pewarisnya adalah yang diakhirkan.”

(Hadis direkod oleh Imam Al-Bukhari)

 

Nota Editor: Tulisan ini diambil dari buku Bahagianya Apabila Zakatmu Diterima Allah: Bimbingan Lengkap Zakat dari A-Z. ditulis oleh Fahrur Muis. Terbitan PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024