Artikel

Bantuan Buku Buat Mangsa Banjir: Perbadanan Kota Buku Seru Sokongan Komuniti

oleh Nor Fadhilah Fauzan pada 05 Dec 2024

PUTRAJAYA, 4 Disember 2024 – Dalam usaha membantu komuniti yang terjejas akibat banjir, Perbadanan Kota Buku (PKB) telah menggerakkan satu inisiatif khas untuk menyumbangkan buku kepada kawasan yang dilanda bencana. Antara negeri yang terlibat termasuk Terengganu, Kelantan, Kedah, dan Perlis, di mana ramai pelajar dan kanak-kanak kehilangan akses kepada bahan pembelajaran dan bacaan.

Arahan ini adalah susulan daripada permintaan Pejabat Yang Berhormat Menteri Pendidikan bagi menggerakkan industri buku dan rakan kerjasama di platform Book Capital untuk sama-sama menyumbang buku. Sumbangan ini diharapkan dapat membantu memulihkan semangat pelajar dan kanak-kanak yang terkesan untuk terus menimba ilmu.

Semua buku sumbangan boleh dihantar ke kediaman rasmi Menteri Pendidikan di alamat berikut:

*No. 19, Jalan P10C, Precint 10, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya*

*Tarikh akhir penghantaran buku adalah pada 4 Disember 2024 (Rabu).*

Pihak yang terlibat juga diminta untuk mengisi borang pengesahan penghantaran melalui pautan : [https://forms.gle/um2mcEpd4DHS...](https://forms.gle/um2mcEpd4DHS...).

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Cik Eira Eka Puteri di talian 011-15654102.

PKB percaya bahawa sumbangan kecil ini dapat memberikan sinar harapan kepada mangsa banjir, khususnya dalam aspek pendidikan dan pembacaan. Diharapkan usaha bersama ini dapat membantu mereka bangkit semula selepas bencana.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025