Artikel

Bermula 1 Januari, Bookcafe PTS Berwajah Baru

oleh Roziyah pada 31 Dec 2010

Bermula 1 Januari 2011, PTS Bookcafe bertukar wajah apabila dinaikkan menjadi Bookcafe Sdn. Bhd.

Pelbagai perubahan dirancang dan dilaksanakan bagi meningkatkan lagi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan bookcafe.

PTS Bookcafe juga akan menambahkan hari operasinya pada hari sabtu setiap minggu. Hal ini bagi memudahkan mereka yang bekerja agar dapat membeli di bookcafe pada hari minggu.

Selain itu, pihak pengurusan bookcafe juga meningkatkan sistem operasi bookcafe online dengan menggunakan sistem baru bermula tahun 2011 ini. Sistem ini mempunyai fungsi yang lebih baik dan memberi maklumat yang lebih jelas kepada pelanggan.

Peningkatan bookcafe ini diharapkan dapat memberi kepuasan berganda kepada semua pelanggan bookcafe.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025