Artikel

Selepas keputusan SPM: Bijak Dalam Membuat Pilihan

oleh [email protected] pada 21 Mar 2012

Pengumuman keputusan peperiksaan SPM sudah pun diumumkan. Sama ada mengenggam sebuah kejayaan atau sebaliknya, namun yang pasti setiap pelajar harus optimis dengan keputusan yang mereka perolehi.

Ada yang awal-awal lagi sudah merancang untuk menyambung belajar di menara gading, namun tidak kurang juga mahu menyambung belajar dalam bidang automotif. Bagi mereka yang sudah ditetapkan bidang pengkhususan yang akan di ambil oleh keluarga, pastinya tidak memikirkan sangat berbanding rakan mereka yang lain.

Melihat senario alam pekerjaan sekarang, sudah pasti pelajar digalakkan membuat penelitian terlebih dahulu. Realitinya, seseorang itu tidak terjamin pekerjaannya walaupun mengenggam segulung ijazah.

Justeru, sebagai panduan, elok sekiranya pelajar itu berbincang bersama ibubapa ataupun mereka yang berpengetahuan bagi menerangkan bidang pengkhusuan yang bakal mereka ceburi.

Pendedahan ini amat wajar didedahkan kepada pelajar dalam membuat pilihan bagi membantu mereka mencongak kerjaya di masa hadapan.

Di PTS, kami menerbitkan beberapa judul buku bagi memudahkan pelajar menjadikan panduan. Buku-buku seperti  Hidup ini pilihan dan Bijak Berfikir: Langkah Demi Langkah ini dilihat dapat membantu pelajar merangka hala tuju mereka.  

Contoh-contoh buku ini juga ada menyertakan motivasi, cara kepimpinan dan juga langkah-langkah menuju kejayaan yang gemilang. Sudah tentunya, ianya amat berguna untuk dijadikan rujukan pelajar dalam menempuhi alam pengajian tinggi kelak.  

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025