Artikel

Boleh Saya Bantu? @ Arena Buku PTS

oleh Masliza Nawi pada 24 Apr 2012

Keterujaan PTS untuk ke PBAKL 2012 kini telah sampai ke tahap maksimum. Dengan hanya tinggal 1 hari sahaja lagi, kami ingin berkongsi rasa itu dengan semua peminat-peminat buku PTS. Tahun ini PTS membuat sedikit kelainan bagi memeriahkan lagi pesta buku kali ini. Pastinya kelainan ini bertujuan memudahkan lagi para pengunjung di booth PTS nanti.

Sehubungan itu, PTS memperkenalkan sistem 'Boleh Saya Bantu?' Sistem ini merupakan satu mekanisme di mana staf-staf PTS akan memakai button badge yang bertulis Boleh Saya Bantu? Sepanjang 10 hari di sana.

Sistem 'Boleh Saya Bantu?' ini bertujuan bagi memudahkan pengunjung mengenali staf-staf kami dalam mendapatkan bantuan dan informasi buku-buku terbitan PTS.

Kami warga PTS tidak sabar bertemu peminat-peminat buku PTS di PBAKL 2012. Jumpa di sana!!! Mohon tidak lupa janji kita 27 April sehinggan 6 Mei 2012 ini.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025