Artikel

Buat Sendiri Kek Lapis Sarawak - Ikuti Langkah-Langkah Mudah Ini Untuk Kek Yang Pasti Menjadi

oleh Adzkia Amanah Ugi Suharto pada 21 Jun 2017

Sebut sahaja kek lapis, pasti ramai yang terbayang kek lapis Sarawak yang sering menjadi igauan.

Bagi yang pernah berkunjung ke Sarawak, pasti pernah mendengar nama-nama kedai kek lapis yang terkenal seperti Kek Lapis Dayang Salhah atau Mira Cake House.

Dahulu kala, antara perisa kegemaran ramai ialah kek lapis masam manis. Sesuai namanya, rasa manis kek yang digabungkan dengan Asam Haw Flakes atau juga dipanggil asam duit-duit memang menghasilkan kombo yang meletup.

Hari ini, kek lapis diberi rasa yang lebih da bomb bila digabungkan dengan bahan mewah seperti Nutella, krim keju serta kepingan-kepingan coklat berjenama.

kek lapis

Membayangkan sahaja cukup untuk mengocak iman di dada. Apa kata cuba buat sendiri kek lapis di rumah untuk pilihan yang lebih kreatif lagi. Ini tips daripada Noy Yullan yang mahir membuat sendiri kek lapis Sarawak sejak berusia 14 tahun:

Bahan-bahannya:

  1. Mentega

  2. Gula kastor

  3. Ovalette

  4. Telur

  5. Kaya

  6. Susu pekat

  7. Serbuk Horlicks

  8. Tepung gandum/Tepung Hongkong

  9. Pewarna

  10. Perasa

 

Tips magik:

1. Guna api atas sahaja untuk membakar dengarn ketuhar oven. Kek akan kurang kering

2. Satu lapisan kek dimasak sekitar 5-7 minit bergantung lapisan bater dan jenis oven. Sambil memasak setiap lapis, boleh buat cabaran 5-7 minit ala Kak Noy. Set alarm di handphone lagi baik.

3. Bereksperimen dengan bahan-bahan yang biasa digunakan. Tukar perisa cappucino dengan serbuk Milo ke. Campur Milo dengan serbuk Nescafe ke. Kreatif gitu.

4. Jika kek keluar dengan gelembung kecil diatas permukaannya, gunakan seterika kek untuk ratakan secara perlahan. Jangan kasar-kasar tau.

5. Boleh guna serbuk penaik bagi yang sukakan kek yang lebih tinggi. Tak nak guna pun tak mengapa.

buku sarawak

Klik di sini untuk membeli buku resipi ini dengan tawaran yang lebih murah

Belum rasa confident lagi nak buat sendiri? Cuba dapatkan buku 40 Resipi Kek Lapis Sarawak dan follow Noy Yullan di Facebook atau Instagram untuk pengalaman berguru dengan beliau. Punyalah sporting akak manis ni, segan-segan sangat nak PM tepi pun boleh.

Lepas ni nampaknya bukan setakat Kek Lapis Semanis Honey je, Kek Lapis Andainya Takdir pun ada!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024