Artikel
Buku 200 Tips Diterbitkan- Untuk Usahawan, Pemimpin dan Keluarga
oleh Asri Yussof pada 20 Aug 2018
Buku 200 Tips yang mempunyai 5 edisi ini adalah buku yang lengkap untuk semua.
Kesemua buku ini mengambil inspirasi daripada hidup Rasulullah saw. Perniagaan yang dijalankan Rasulullah s.a.w. atas dasar kejujuran dan reputasi akhlak yang mulia, ramai yang menjadikan baginda sebagai rakan kongsi dalam perniagaan termasuklah Khadijah binti Khuwailid, isteri baginda sendiri.
Dalam kita berusaha menegakkan sunnah, perkara utama adalah kita mengenal dahulu Rasulullah s.a.w., dan satu daripada perkara untuk mengenal baginda adalah kita menyusuri perbuatan dan amal dalam kehidupan sehariannya.
Dalam buku 200 Tip Keluarga Bahagia Gaya Rasulullah penulis menyediakan 40 hadith sahih dan hasan yang sesuai dijadikan amalan serta panduan dalam membina keluarga yang dekat dengan redha Allah s.w.t. juga sunnah Rasulullah s.a.w.
Boleh dikatakan kelima-lima buku dalam siri 200 tip ini sangat membantu bagi mereka yang sibuk dan dahagakan pengisian yang cepat dan mudah. Dapatkan kesemua koleksinya pada hari ini di kedai-kedai buku terdekat anda.