Artikel
Buku-buku PTS Kini Bertapak di PERNAMA
oleh Roziyah pada 11 Feb 2011
PTS Edar Sdn Bhd melangkah lebih jauh dengan menembusi pasaran kementerian pertahanan pula.
Bermula dengan jualan di Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA), tuan dan puan dari kementerian pertahanan kini dapat memperolehi buku-buku menarik terbitan PTS hanya di PERNAMA.
PTS Edar yang diuruskan oleh Tuan Ahmad Ridza Jailani hari ini membuat penghantaran pertama ke outlet PERNAMA yang terletak di Gemas dan Lumut, Perak.
PTS Edar juga mengambil langkah mendekatkan buku-buku PTS dengan pembaca dengan mengedarkan buku-buku menarik keluaran PTS ke seluruh cawangan kedai seperti 7 eleven, cawangan mynews.com, newsplus, catchnews dan banyak lagi kedai berangkai di seluruh negara.