Artikel

Buku Jejak Bisnes Rasul dan Rahsia Bisnes Isteri Nabi Khadijah Siap Diterjemah ke bahasa Indonesia

oleh Roziyah pada 19 Oct 2010

Buku Jejak Bisnes Rasul dan Rahsia Bisnes Isteri Nabi Khadijah melangkah ke seberang laut apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia baru-baru ini.

Buku terbitan PTS Profesional Sdn Bhd ini siap diterjemah setelah tiga bulan selepas ia dilesenkan ke Indonesia.

Pengurus Penerbitan PTS Profesional, Tuan Muhammad Aizat berkata, pihak penerbitan Indonesia iaitu Hikmah Populer tertarik dengan buku pengurusan berkonsepkan Islam yang dibangunkan oleh PTS Profesional ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) baru-baru ini.

“Selepas melihat konsep buku yang menarik, pihak penerbit terus berbincang dengan saya bagi menterjemah buku tersebut ke bahasa Indonesia,” jelas Tuan Aizat.

Jejak Bisnes Rasul yang ditulis oleh Mohamed Sulaiman dan Aizuddinur Zakaria serta buku Rahsia Bisnes Isteri Nabi Khadijah oleh Ashadi Zain yang diterbitkan oleh penerbit Hikmah Populer dari Indonesia ini menjadi langkah terbaik membawa lebih banyak buku-buku terbitan PTS ke Indonesia.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024