Artikel

Buku My Owl Family Tree Jadi Perhatian - The Beauty and The Book Award

oleh Asri Yussof pada 27 Jul 2017

Buku My Owl Family Tree terus mendahului buku  Peranakan Cina Kelantan: Sintesis Cina Tanah Besar dan Melayu Tanah Melayu dengan undian 3000 dan makin meningkat. Undian ini dibuka sehingga 14 Oktober 2017 secara online di sini.

Selain buku My Owl Family Tree karya Mohd Khairul Azman; Puteri Gunung Ledang, Legendary Princesses of Malaysia, My Father’s Farm, My Mother’s Garden, My Mother’s Kitchen dan Lil’ Guardian Alphabet (Emila Yusof); Biring Sikunani (Emila Yusof, Rahimidin Zahari); Tulip the Dog that Ate Nightmares dan Kailash (Khairul Azmir Shoib, Quek Sue Yian) juga turut dicalonkan dalam kategori Kanak-Kanak dan Remaja,

book

Selain itu, Timun Emas, I’m Sorry karya Evi Shelvia; The Tremendous Trio (Evi Shelvia, Quek Sue Yian); Frog Loses His Memory (Evi Shelvia, AH Benjamin); We Love Trees (Evi Shelvia, Rossiti Aishah Rashidi); Siti the Elephant, Puteri Tioman The Green Turtle (Farrah Ashiela Samsuri, Rossiti Aishah Rashidi); Pak Belang The Tiger (Widiyatno, Rossiti Aishah Rashidi); The Magic Buffalo dan Longhouse Days (Jainal Amambing).

Selain itu, Land Below the Wind, Puteri Gambus (Awang Fadilah); Fun at the Opera (Susanna Goho, Quek Sue Yian); Grandma Lim’s Persimmons (Marjorie Van Heerden/SunitaLal); The Last Dream of the Old Oak Tree (Chooi Ling Keiong, Hans Arthur Andersen); Health, Wealth and Happiness (Chooi Ling Keiong); Menageri dan Pip’s Peculiar Problem (Lim Lay Koon), turut tercalon.

Buku Mother & Child dan Elephabet karya Yusof Gajah dan Fleeting Moments hasil tulisan Emila Yusof pula dicalonkan dalam kategori Buku Seni.

Bagi kategori kesusasteraan am, buku yang dicalonkan ialah Peranakan Cina Kelantan: Sintesis Cina Tanah Besar dan Melayu Tanah Melayu terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Kerajaan Kelantan, MINSTRA serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara); Kias Tersirat: Perantauan Bertemu Melayu & Islam di Dunia Melayu Benua (ITBM dan Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia); dan The Eternal Storm- Sekali Air Bah, Selamanya Pasir Berubah (ITBM dan E-Magineers (M) Sdn Bhd). - BERNAMA

Anda boleh membuat undian untuk semua buku-buku yang dicalonkan di sini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024