Artikel

Buku Pilihan PBAKL 2011: Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam

oleh Roziyah pada 12 Apr 2011

Pendidikan berlangsung sepanjang hayat. Ia bermula daripada pemilihan calon suami dan isteriataupun bakal bapa dan ibu sehingga ke liang lahad.

Pendidikan bermula dari rumah dan guru yang pertama adalah ibu. Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam adalah jawapan kepada persoalan ibu bapa yang ingin memastikan permata hati mereka membesar dalam didikan sempurna yang disarankan Islam.

Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam hasil tulisan Mazidah Muhammad dan Dr. Noor Hisham Md Nawi menekankan enam aspek utama dalam pendidikan anak-anak merangkumi aspek rohani, kognitif, bahasa, emosi, jasadi dan sosialisasi.

Keenam-enam aspek ini perlu difahami oleh ibu bapa dan dipraktikkan sepanjang proses perkembangan anak-anak bagi memastikan mereka mendapat pendidikan menyeluruh yang merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi.

Pendidikan awal anak adalah peletakan batu asas yang penting supaya keseluruhan sistem pendidikannya bergerak pada orbit yang betul berpaksikan prinsip tauhid.

Hasrat pendidikan awal anak adalah penyemaian benih bermutu bagi menjadikan keredaan Allah sebagai puncak pencapaian pendidikan dan destinasi terakhir perjalanan manusia.

Buku hasil terbitan PTS Millennia ini memberi fokus kepada peringkat pendidikan terawal anak secara sistematik dan praktikal. Lebih awal persiapan dibuat, lebih besar potensi bagi mencapai kejayaan.

Dapatkan buku menarik dan istimewa ini khas di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PWTC) pada 22 April hingga 1 Mei 2011 ini.

Layari juga www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan tawaran menarik dan hebat yang disediakan oleh PTS khas buat tuan dan puan peminat buku terbitan PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024