Artikel
Buku Tafsir Ayat Ahkam dilancar di PBAKL 2011
oleh Roziyah pada 07 Apr 2011
Al-Quran adalah kitab pedoman hidup insani. Bimbingan dan panduan untuk beroleh kejayaan, ketenangan dan kemakmuran hidup atas landasan yang benar. Kitab Al-Quran mengandungi peraturan, bimbingan, panduan untuk diamalkan oleh setiap Muslim dari pelbagai strata kehidupan individu dan sosial. Mematuhui setiap peraturan, hukum hakam dan larangannya adalah wajib tanpa sebarang kompromi.
Buku Tafsir Ayat Ahkam ini menghuraikan secara terperinci dan menyeluruh ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan peraturan dan hukum-hakam. Setiap huraian disertakan dengan sebab-sebab penurunan ayat (asbabul nuzul), makna perkataan terpilih, keterangan keseluruhan secara umum dan pengajaran yang diperolehi daripada setiap ayat. Dengan bahasa yang ringkas tetapi padat berserta contoh semasa dan sejarah Islam, penulis berupaya mengupas setiap keterangan dengan pendekatan yang memikat dan mudah difahami.
Perbahasan hukum-hukum dalam buku ini adalah daripada sudut pandangan aliran pendapat Shafie yang menjadi pegangan masyarakat beragama di Malaysia. Beberapa pendapat dari kalangan mazhab lain juga ditonjolkan untuk tujuan perbandingan bagi menunjukkan keluasan yang terdapat di dalam Islam dan bukan bertujuan mematahkan pendapat mana-mana mazhab dalam Fiqh Islam.
Dapatkan buku Tafsir Ayat Ahkam ini di PBAKL yang bermula dari 22 April hingga 1 Mei 2011 ini bertempat di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC. Buku istimewa ini juga akan dilancarkan di booth PTS pada 24 April ini.
Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti dan promosi PTS sempena PBAKL ini.