Artikel

Buku Terlaris PTS 2020

oleh Khairisa Khalid pada 31 Dec 2020

Buku diibaratkan jendela pengetahuan. Dengan mengisi masa terluang membaca buku pasti akan menjadikan hari-hari kita lebih produktif dan dapat menambah motivasi diri. Mengenang kembali buku-buku yang telah dikeluarkan PTS, kesemuanya tidak pernah mengecewakan. Baik buku yang membawa pedoman dan keinsafan atau dari aspek perancangan kewangan beserta kekeluargaan, kesemuanya sangat padat dengan pengisian yang bermanfaat. Sebelum 2020 melabuhkan tirainya, berikut 10 buah buku terlaris dari PTS:

1. Set Ustazah Asma Harun & Ustazah Dwi Suwiknyo- Kembara Menuju Allah

Ini adalah buku terbaru dan juga gandingan bersama buah fikiran dari Ustazah hebat. 4 buah buku dalam siri ini dipakejkan secara eksklusif dan dinamakan sebagai Siri Kembara Menuju Allah. Buku-buku tersebut seperti Ya Allah Aku Rindu Kepada-Mu, Ya Allah Jangan Biarkan Aku Sendiri, Ya Allah Kepada-Mu Aku Kembali, Ya Allah Bersamamu Aku Bahagia. Kembara Menuju Allah diibaratkan sebagai pakej kehidupan seorang hamba dalam mencari keredhaan Allah (mardhatillah). Objektif buku ini adalah untuk membangunkan kesedaran dalam diri kita tentang perlunya kepada Allah SWT bagi menuntun kita kelak ke siratul Mustaqim iaitu jalan yang benar dalam kembara kehidupan ini.

2. Urus Rumah With Hani oleh Dr. Hani Mynis

Ramai antara kita yang tidak gemar mengemas rumah kerana terlalu banyak barang yang perlu diurus. Tetapi sebilangan daripada kita tidak dapat berhenti daripada membeli barang baru. Rumah juga boleh menjadi punca kepada tekanan dan perkara yang memenatkan. Buku ini sesuai untuk mereka yang ingin mengetahui teknik pengurusan rumah yang efektif dan sistematik. Pembaca tidak akan rugi mendapatkan buku ini kerana ilmu yang dikongsikan merangkumi pelbagai tip & panduan berwarna serta bergambar bagi menyusun atur kehidupan dalam masa 30 hari.

3. Fahami Bacaan Dalam Solatmu

Solat adalah wahana komunikasi seorang hamba dengan Tuhan yang seharusnya terjadi dengan suasana penuh mesra dan intim. Solat yang benar menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup seorang hamba. Hal ini terjadi apabila seorang hamba menunaikan solat dengan penuh rasa khusyuk dengan memahami dan menghayati setiap patah perkataan yang diucapkan. Buku ini adalah untuk membantu sesiapa sahaja bagi memahami pengertian asas bacaan dalam solat. Buku ini mengandungi terjemahan daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu secara per-kata, secara frasa dan secara keseluruhan sesuatu surah atau doa yang dibaca. Dengan demikian itu, proses komunikasi antara seorang hamba dan pencipta-Nya akan lebih bermakna dan memberi impak yang maksimum.

4. How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk

Anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupan mereka, ambil masa dan sentiasa berikan usaha terbaik dalam mendidik supaya mereka tidak membesar dengan sia-sia. Namun mendidik mereka bukan calang-calang cabarannya. Tambahan pula apabila anak-anak sudah mula petah bercakap dan sudah bijak berfikir. Sekiranya ibu bapa tersalah langkah dalam mendidik anak-anak, pendekatan negatif seperti menghukum, memukul, menengking, dan sebagainya akan dianggap sebagai pendekatan yang efektif.

Menerusi buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk Edisi Bahasa Melayu ini, ibu bapa akan lebih memahami kaedah yang betul tentang cara mendidik dan mendisiplinkan anak dengan mengentengahkan aspek “parenting”

Berbeza dengan dengan buku-buku lain, buku ini memberitahu kepada semua ibu bapa, mereka perlu berbeza di rumah.

5. 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi



Selari dengan keadaan semasa yang mana anak-anak sering terdedah kepada gajet, buku yang bertemakan 1 hari 1 tip yang merangkumi 365 tip ini amat sesuai untuk diamalkan oleh ibu bapa. Tip yang diberikan secara tidak langsung dapat memberikan idea dan kaedah yang praktikal kepada ibu bapa bagi mendidik dan membesarkan anak-anak. Penulisan buku ini merupakan satu bimbingan yang ringkas tetapi padat dengan saranan bersandarkan dalil daripada Al- Quran, hadis dan juga pandangan ulama.

6. 77 Resepi Istimewa Air Fryer



Khas untuk peminat Air Fryer, buku ini menghimpunkan 77 resipi istimewa pelbagai aneka hidangan harian yang mudah dan cepat dimasak dengan Air Fryer pelbagai guna. Resepi-resepi ini dihasilkan oleh Chef Hanieliza yang terkenal dengan buku 1 Hari 1 Resepi. Resipi yang ringkas dan menyihatkan dengan menggunakan Air Fryer ini pasti berkesan membantu ibu-ibu di dapur.

7. 77 Resepi Istimewa Pressure Cooker



Lagi buku resipi dari Chef Hanieliza kali ini ini menghimpunkan 77 resepi istimewa pelbagai kategori yang dihasilkan 100% daripada periuk tekanan pelbagai guna. Resipi-resipi ini amat mudah dan pasti menjadi tumpuan ramai.

8. Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk



Inilah salah satu karya Hamka yang malar segar dan tidak akan ditelan zaman. Mengisahkan kisah cinta antara dua darjat di antara Zainuddin dan Hayati. Karya ini juga memberi kritik sosial yang tajam pada masyarakat, yang lebih memandang harta dan keturunan dengan beralaskan agama. Karya ini bukan sahaja membuat bibir tersenyum bahagia, malah akan membuat dada sesak menahan hiba.

8. Misi Tahfiz



Perjalanan untuk menjadi seorang tahfiz tidak pernah mudah. Cabaran Wajdi yang tidak pandai baca al-Quran malah untuk kenal huruf pun tidak tetapi kerana ibu bapanya, dia berani memasang satu misi besar, iaitu menghafal al-Quran. Komik ini memaparkan pengalaman luar biasa Wajdi menempuh kem tahfiz selama 40 hari!

10. Tafsir Al-Azhar




Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. Tafsir ini mudah difahami dan diolah dengan suasana alam nusantara. Bahasanya lebih santai dan disulami sastera indah oleh Hamka. Menggunakan metode tahili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan Hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tab’in ia menganalisis dan memberi penerangan yang lebih jelas kepada pembaca.

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai harga dan katalog buku-buku PTS, pembaca boleh melayari laman rasmi PTS di laman sesawang atau layari www.bookcafe.com.my untuk pembelian buku. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami di sepanjang tahun 2020. Tahun 2021 PTS bakal menyajikan lebib banyak akan banyak buku baharu yang lebih berkesan di hati.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024