Artikel

Cara Betul ‘Pukul” Anak-Anak Yang Meninggalkan Solat

oleh Asri Yussof pada 05 Nov 2018

Solat adalah tiang agama. Sebab itu dalam hadis kita disuruh untuk merotan anak-anak yang sudah berumur 10 tahun. “Suruhlah anak-anakmu bersolat ketika mana mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka (sekiranya mereka tidak mengerjakan solat) ketika mana mereka berumur 10 tahun dan pisahkan tempat tidur antara mereka (iaitu anak lelaki dan perempuan)” (Hadis riwayat Abu Daud, nombor 495)

Walaupun begitu, ‘pukul’ yang dimaksudkan di dalam hadis ini, bukanlah ibu bapa mempunyai hak memukul yang sewenang-wenangnya. Dr. Noornajihan Jaafar, Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ketika menulis sebuah artikel tentang kewajaran rotan dalam mendidik anak dan tatacara pelaksanaannya, memberitahu “hukuman ini perlulah dilakukan secara berperingkat-peringkat.”

Saya salin semula dari tulisan Dr. Noornajihan Jaafar seperti berikut;

Pada peringkat awal hukuman dari aspek emosi boleh dilakukan, seperti mengasingkan anak atau murid tersebut daripada rakan-rakannya. Sekiranya cara ini tidak berkesan, barulah ibu-bapa atau guru menggunakan hukuman fizikal.

Namun, Abdullah Nasih Alwan (1974) menegaskan bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sekiranya ingin melaksanakan hukuman fizikal, seperti:

1. Hukuman rotan tersebut hendaklah merupakan alternatif terakhir, setelah cara-cara didikan lain digunakan.

2. Elakkan merotan ketika sedang marah. Hendaklah ibu-bapa atau para guru menenangkan diri seketika  sebelum mengambil tindakan untuk merotan.

3. Elakkan merotan pada anggota badan yang sensitif seperti kepala, wajah dan dada.

4. Hendaklah rotan pada kali pertama itu perlahan, dan meningkat kekuatannya pada bilangan yang berikutnya.

5. Sekiranya rotan pada kali pertama tidak memberikan kesan kepada tingkah laku anak atau murid, bolehlah ditambah bilangannya

6. Hendaklah ibu-bapa atau guru itu sendiri yang merotan dan tidak mewakilkan hukuman tersebut kepada anak atau murid yang lain.

7. Elakkan merotan lebih daripada 10 kali, bertepatan dengan hadis Nabi s.a.w. “Jangan merotan lebih daripada 10 kali sebatan kecuali pada hukum hudud.” (Hadis riwayat Bukhari, nombor 6456)

buku pts

Panduan Solat untuk wanita, klik di sini

buku pts

Panduan Solat Lelaki, klik di sini

Buku praktikal solat ni didatangkan dari sumber kitab-kitab muktabar, dalil daripada Al-Quran, hadith-hadith sahih, dan pendapat ulama. Dijelaskan dengan terperinci, mudah, dan ringkas serta diletakkan gambar supaya lebih difahami dan dipraktikkan. Ianya dibahagikan kepada dua buku. Satu untuk perempuan dan satu untuk lelaki.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2020