Artikel
Carrefour dan Mydin Sambut Baca@Ramadan
oleh Roziyah pada 07 Jul 2011
Semakin hari, kempen menggalakkan masyarakat membaca semakin giat dijalankan. Banyak pihak yang menyambut baik usaha menyemai semangat suka membaca dalam kalangan masyarakat.
PTS juga dari setahun ke setahun tidak putus-putus dengan kempen membaca bagi menambahkan keterujaan masyarakat terhadap buku.
Tahun ini sekali lagi PTS membawakan kempen Baca@Ramadan bagi menambah keterujaan peminat buku membaca di bulan Ramadan.
Kempen kali ini juga mendapat sambutan dari kedai-kedai buku seluruh Malaysia termasuklah kedai buku Popular dan kedai buku indie seluruh Malaysia.
Terkini, PTS bersama Baca@Ramadan menjengah pula pasaraya Carrefour dan Mydin yang kini memasarkan buku-buku terbitan PTS.
Pelbagai buku Ramadan terbaik terbitan PTS yang disediakan khas sempena Baca@Ramadan kali ini.
Pihak pengurusan Carrefour dan Mydin menyambut baik usaha PTS menyemarakkan Ramadan dengan menyediakan buku-buku terbaik dan terkini.
Antara buku terbaik yang disediakan PTS termasuklah buku Tuan Bertanya, Dr. Danial menjawab Persoalan Islam dan Kontemporari, Senangnya Berpuasa untuk Orang Sibuk, Akademi Ramadan dan banyak lagi. Selain itu, PTS juga menyediakan buku remaja dan kanak-kanak yang sesuai dibaca pada bulan Ramadan. Antara buku menarik yang disediakan termasuklah 101 Info Seronoknya Berpuasa, Duit Raya dari Syurga dan banyak lagi.
Tuan dan puan yang ingin dapatkan maklumat lanjut berkait buku-buu Ramadan yang disediakan PTS dimohon melayari www.pts.com.my.