Artikel

Chef Hussin Khan Gamatkan Pulau Pinang

oleh Roziyah pada 28 Mar 2011

Penulis buku masakan yang semakin meningkat naik namanya, Chef Hussin menggamatkan Pesta Buku Popular yang diadakan di Komtar, Pulau Pinang.

Aktiviti yang berlangsung selama dua jam itu menggamit pengunjung yang rata-ratanya terdiri daripada pelbagai bangsa termasuklah Cina dan India.

Chef Hussin melalui demo masakannya menampilkan variasi makanan yang menarik dan seimbang yang dipetik daripada buku terbaru beliau iaitu buku yang mengandungi resipi sihat dan mudah Sarapan Pagi dan Minum petang serta buku Makan Tengah Hari dan Malam.

Lebih menarik, Chef Hussin juga memberikan tips masakan yang dapat diikuti bukan sahaja oleh suri rumah malahan juga kepada lelaki yang minat dalam bidang masakan.

Buku resipi sihat dan mudah tulisan Chef Hussin ini memberi panduan kepada tuan dan puan cara penyediaan bahan dan masa memasak tidak sampai 30 minit menggunakan bahan yang sedia ada di dapur menjadi resipi yang berkhasiat.

Dapatkan buku-buku masakan yang menarik dan mampu menambat selera ahli keluarga tuan dan puan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang diadakan di PWTC bermula 22 April hingga 1 Mei ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024