Cita-cita Penegakan Hak Asasi Manusia oleh Nabi Musa

oleh Asri Yussof pada 17 Jan 2017

sphinx-1175828_1280

Betul kata Ali-Syari’ati ketika mengulas soalan ‘apa kerja nabi?’.

“Demikian nabi-nabi Ibrahimiah. Mereka berasal dari rakyat jelata, berkhutbah di kalangan rakyat jelata, dan para pengikut pertama mereka juga berasal dari kelompok rakyat jelata. Ibrahim menentang Namrud. Musa lahir dari rakyat biasa, menentang istana dan membela orang-orang Israel yang ditindas. Para pengikut Nuh di ejek sebagai `aradzil (orang-orang yang gembel).

Malah kerja Nabi Muhammad pada awalnya diikuti dari kelompok-kelompok miskin. Para pembesar Quraisy menghina mereka sebagai sufaha (orang-orang yang bodoh, hina, jelek dan miskin).

Nabi Musa lahir dari keluarga yang biasa, dialirkan kedalam sungai sehingga diambil oleh Isteri Firaun sebagai anak. Di asuh, diberi makan dan dibesarkan.

Kami ilhamkan keada Ibu Musa, “Susukan dia dan apabila kamu bimbang kepadanya, jangan sampai anakmu dibunuh. Jatuhkan dia ke sungai selepas kamu meletakkan dia di dalam peti yang dapat terapung. Dan jangan kamu bimbang dia akan tenggelam ataupun mati. Jangan bersedih hati kerana pemergiannya. Sesungguhnya kami akan menggembalikannya kepada kamu dan menjadikan seorang daripada para rasul kamu.”  - Surah Al-Qasas, ayat 7

Peringatan yang besar untuk kita fikirkan dari kisah Nabi Musa adalah tentang penegakan hak asasi manusia. Membela yang lemah dan memberikan hak kepada yang berhak.

musa

(Klik di sini untuk membeli)

Seruan kerasulan dan berdakwah kepada Firaun adalah seruan penglibatan Musa kedalam politik untuk melawan tirani, menolak korupsi dan penegakan undang-undang untuk kaum yang lemah.

Pergilah kepada Firaun bagi menyampaikan risalah Allah. Sesungguhnya dia melampaui batas. - Surah Taha, ayat 24.

Pengkelasan sosial, miskin terus miskin dan kaya terus kaya yang dilakukan oleh Firaun menjadi perkara penting penentangan Musa keatas Firaun.

Sesungguhnya Firaun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya terpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka. - Surah Al-Qasas, ayat 4

firaun

(Klik di sini untuk membeli)

Iktibar besar dari kerja nabi ini satu sahaja. Iaitu membela yang lemah. Kisah-kisah dari Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad mengajar kepada kita manusia perlu menjadi manusia dan jangan berlebihan.

Berbalik kepada soalan Ali-Syari’ati, apa kerja nabi? Iaitulah menegakkan hak asasi manusia dan membela yang lemah serta membangun diri menjadi golongan inteligensia. Itulah kaum intelek dan cendekiawan.

Syed Hussein Alatas dalam bukunya, Intelektual Masyarakat Membangun menuliskan kepada kita,

“Intelektual merupakan orang yang mengabdikan diri untuk memikirkan idea dan masalah bukan kebendaan dengan menggunakan kemampuan akliahnya.”