Artikel
Curahan Cinta Niagara, novel bercirikan keislaman di segmennovel.blogspot.com
oleh Helmi pada 25 Jul 2007
Pendapat peribadi :
Novel ini berciri keislaman
* Tentang kesedaran yang timbul untuk mengubah diri menjadi seorang muslimah sejati dan setiap dugaan yang menimpa seseorang adalah ujian daripada Allah untuk menguji keimanan kita. Dapat ditunjukkan di sini bagaimana kesedaran yang timbul di jiwa Faris untuk bertaubat setelah mendengar ayat Quran yang dibaca oleh Mira. Dan Mira sendiri yang memakai semula jubah dan tudung setelah bergaul denga kak Fisa yang mengajar Mira tentang kemurnian Islam.
* Tentang kesucian seorang gadis mengikut Islam. Betapa nilai murni bagi seorang gadis amat penting, ini dapat dilihat Farhan yang mempertikaikan tentang Mira apabila mengetahui isi surat wasiat Faris yang menyatakan ketelanjuran antara Faris dan Mira.
*Kecantikan peribadi seorang wanita atau gadis dinilai tinggi apabila berbusana muslimah yang menutup segala aurat dari pandangan yang bukan muhrim.
Penyelesaian masalah dibuat dengan merujuk kepada Quran dan Sunnah. Dapat dilihat apabila Mira mencari kaedah untuk mencari bukti kebenaran bahawa dia masih suci dan tidak pernah terlanjur dalam erti kata yang sebenar. Mira menyuruh Farhan membelikan buku agama untuk dibuat rujukan.