Artikel

Delegasi PTS Ke Indonesia

oleh Roziyah pada 06 Jul 2010


6 orang pegawai PTS dilaporkan telah berangkat ke Jakarta, Indonesia sempena Pesta Buku Antarabangsa Jakarta 2010 yang sedang berlangsung dari 2 hingga 11 Julai 2010. 

PTS menghantar delegasi ini untuk bertemu dengan rakan-rakan penerbit di indonesia bagi meningkatkan lagi nilai bisnes pelesenan hakcipta antara PTS dengan pihak penerbit di Indonesia. 

Delegasi ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini tentang industri penerbitan Indonesia yang releven dengan kepentingan PTS.

Pegawai PTS yang terlibat dalam delegasi ini termasuklah pengurus besar jabatan editorial, Tuan Fauzul Naim Ishak selaku ketua deligasi, Tuan Faizal Mukhtar, pengurus PTS Fortuna Sdn. Bhd. , Puan Nahdatun Nisaak Othman, pengurus PTS One Sdn. Bhd., Tuan Sallehuddin Mad Yusuf, pemangku pengurus NetMedia Sdn. Bhd., Tuan Mohd. Zaidi Ismail, ketua unit grafik, dan Cik Faslin Syarina Othman, editor perolehan di PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

Untuk maklumat, PTS merupakan penerbit Malaysia yang aktif dalam mengeksport lesen penerbitan ke Indonesia. 

Sehingga ke hari ini lebih 80 judul PTS sudah dilesenkan kepada 5 buah penerbit di negara itu bagi diterbitkan semula sebagai edisi Indonesia.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025