Artikel
Delegasi PTS ke Pesta Buku Islam Jogjakarta 2010
oleh Helmi pada 13 May 2010
Pada 17 hingga 19 Mei 2010, satu delegasi daripada PTS yang diketuai oleh Pengurus Besar Editorial Kumpulan PTS, Encik Fauzul Naim Ishak akan Jogjakarta bagi menemui beberapa rakan penerbit di sana antaranya adalah Penerbit Diva Press. Kebetulan pula, pada waktu itu berlangsungnya Pesta Buku Islam Jogjakarta 2010 yang bermula sejak 13 Mei sehingga 19 Mei 2010. Ini juga secara tidak langsung menjadi kunjungan pertama delegasi PTS ke Pesta Buku Islam Jogjakarta. Misi delegasi PTS pada kali ini adalah:
-
Membuat pilihan judul-judul terbaru Indonesia khususnya yang diterbitkan oleh Penerbit Islam di Jogjakarta untuk dilesen bagi pasaran Malaysia.
-
Membuat pertemuan dengan penulis-penulis Indonesia khususnya yang tinggal di sekitar Jogjakarta bagi melihat potensi kerjasama yang dapat dijalinkan dalam memperbanyakkan jumlah penerbitan buku di Malaysia.
-
Memperkenalkan judul-judul terkini terbitan PTS yang sesuai dilesenkan kepada penerbit-penerbit Indonesia.
-
Melawat Pesta Buku Islam Jogjakarta 2010 dan melihat perkembangan terkini penerbitan buku di kawasan Jogjakarta dan Indonesia secara keseluruhannya.
Semoga kunjungan delegasi kali ini akan menghasilkan lebih banyak kerjasama sama ada dengan penerbit mahupun penulis bagi manfaat kedua-dua negara.