Artikel

Dua Novelis Indonesia Turun Padang Sertai PBAKL

oleh Roziyah pada 11 Mar 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pastinya membawa lebih kelainan apabila PTS Litera Utama membawakan penulis novel Indonesia yang dinanti-nantikan oleh peminat di Malaysia.

PTS Litera Utama berbesar hati membawakan penulis novel Negeri 5 Menara dan penulis novel Lasykar Pelangi.

Melalui PBAKL ini juga, PTS akan memperkenalkan buku terbaru daripada dua penulis hebat dan dikenali ramai ini.

Ranah 3 Warna yang juga buku kedua Tuan A. Fuadi juga akan dipomosikan dalam PBAKL yang dinanti-nantikan oleh penggemar buku di Malaysia. Ranah 3 Warna akan membawakan kisah Alif dan perjalanannya selepas tamat belajar di Pondok Madani.

Tuan Andrea Hirata yang sememangnya dikenali oleh peminat buku terutamanya peminat tetralogi Lasykar Pelangi pula bakal mempromosikan buku terbaru beliau yang bertajuk Dwilogi Padang Bulan. Novel yang penuh dengan kisah keserhanaan ini menjadi antara novel yang wajib dibaca terutamanya bagi mereka yang meminati karya Tuan Andrea Hirata.

Jangan ketinggalan bersama dengan dua penulis hebat ini di bilik seminar Johor-Kedah PWTC pada PBAKL yang akan berlangsung pada 22 April hingga 1 Mei ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025