Duit dan Kepuasan Diri Kita: Screw Work Let’s Play

oleh Amirah pada 13 Oct 2015

20151012_191806

Screw Work Let’s Play adalah buku bestseller karya John William. Ia sudah diterbitkan dalam 8 Bahasa, edisi Bahasa Melayu telah diterbitkan oleh PTS Publishing House Sendirian Berhad. Cetakan pertama pada September 2015. ISBN 978-967-411-405-3.

Isu tiada kepuasan di tempat kerja, dilema mahu berhenti kerja? Mahukan pendapatan yang stabil, tapi tiada masa untuk berseronok? Anda tiada kejayaan hebat dan mahukan perubahan?

Buku ini sangat memberi inspirasi dan motivasi. Ia menujukkan cara dan memberikan   langkah bagaimana mendapat bayaran daripada ‘play’. Play bukan berhibur dan menghabiskan masa sia-sia, ia bermaksud melakukan perkara yang kita cukup suka dan nikmati, disamping menyediakan sesuatu yang membuatkan orang lain senang hati hingga membayarnya. Ia menjadi sumber pendapatan kita dan mampu menghasilkan banyak duit.

Apakah itu ‘bermain dan berseronok’?  Ia adalah strategi bagi mengubah kehidupan serta mencapai impian hebat. Penulis buku ini memberikan 10 rahsia penting untuk berjaya mencipta kejayaan dan mengubah kehidupan. Antaranya; 

 

  • Bagaimana mengetahui apa yang kita benar-benar mahu?
  • Bagaimana memastikan kejayaan kita?
  • Bagaimana kita juga boleh jadi terkenal?
  • Bagaimana mencipta tawaran yang tidak mampu ditolak?

 

Pendekatan yang digunakan buku ini sangat menarik apabila mengajak pembaca menukarkan ‘work’ kepada ‘play’ dengan strategi tersusun untuk diikuti. Ia senang difahami apabila satu-satu isu yang dikupas disertakan bersama kisah kejayaan individu-individu terpilih yang sesuai dengan isu yang dibincangkan.

Bagi memberi peluang kepada pembaca mendapat gambaran lebih jelas mengenai kisah itu, penulis memberikan rujukan pada bahagian akhir petikan. Contoh kisah Choc Star milik Petra Barran diakhir kisah diberi rujukan chocstar.co.uk. Ini memberi peluang kepada pembaca mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Adanya nota ringkas yang dipanggil mitos, membantu pembaca untuk berfikir dan mengelakkan diri dari membuat kesilapan.

“Saya berbisnes bukan untuk duit, tetapi saya menemui yang jika saya berseronok, saya berjaya buat duit” Kata Sir Richard Branson, Pengasas Virgin. Setiap permulaan bab penulis memetik kata-kata motivasi dari orang yang berjaya manakala pada akhir bab pula disediaan rumusan iaitu ‘Resepi Kejayaan’. Ini sekaligus memberikan semangat kepada pembaca bagi meneruskan pembacaan dan memahami isi penting setiap bab.

Berjaya perlukan tindakan dan buku ini ada jawapannya.