Artikel

Edisi Khas Meon: Jas Hasilkan Kelainan

oleh Roziyah pada 06 Jan 2011

Berita baik kepada peminat komik Meon apabila siri komik popular itu kembali dengan kisah yang lebih menarik dan mengujakan.

Kali ini pelukis komik Meon menghasilkan perubahan dalam siri Meon. Jika sebelum ini, komik meon dihasilkan secara bersiri, kali ini komik Meon melalui edisi khasnya.

“Kisah Meon kali ini tidak berkait dengan siri-siri Meon sebelum ini. Edisi khas Meon ini mampu menjadi pengubat kepada mereka yang menantikan sambungan kisah Meon seterusnya.

Watak utama dalam edisi khas meon ini masih dikekalkan namun saya juga menyelitkan watak-watak baru bagi memberikan kelainan dalam siri kali ini,” jelas pelukis Meon, Tuan Jas kepada wakil PTS Portal.

Jas atau nama sebenarnya Jasmian Jamaludin yang meminati dunia komik sejak kecil ini sentiasa mahu menghasilkan kelainan dalam siri Meon yang dihasilkan.

Bagi menghargai pengikut-pengikut komik-M, Jas juga merancang menghasilkan Novel Meon.

Komik Meon mendapat sambutan yang hangat daripada peminat-peminat komik-M dan menjadi antara komik yang laris di pasaran.

Dapatkan komik Meon edisi khas yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024