Artikel

Fahami Bacaan Dalam Solatmu

oleh Roziyah pada 11 Apr 2011

Solat adalah wahana komunikasi seorang hamba dengan Tuhan yang seharusnya terjadi dengan suasana penuh mesra dan intim. Solat yang benar menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup seorang hamba. Ia melahirkan natijah kejayaan hidup di dunia dan di akhirat, seperti mana yang dijanjikan di dalam Quran.

Hal ini terjadi apabila seorang hamba menunaikan solat dengan penuh rasa khusyuk dengan memahami dan menghayati setiap patah perkataan yang diucapkan. Dengan demikian itu, proses komunikasi antara seorang hamba dan penciptanya akan lebih bermakna dan memberi impak yang maksimum.

Buku Fahami Bacaan dalam Solatmu yang disusun oleh barisan panel penulis yang berautoriti dalam bidang agama ini adalah sebahagian daripada inisiatif bagi membantu orang Islam memahami bacaan dalam solat mereka.

Buku hasil susunan Dr. Ibrahim Hashim dan Prof. Emeritus Dato' Dr. Isahak Haron menyediakan panduan bergambar cara yang betul menunaikan solat, terjemahan lengkap dan secara per-kata bagi setiap ayat serta perkataan yang biasanya dibaca dalam solat.

Menampilkan kelainan, di penghujung setiap bab, disediakan juga latihan kefahaman bagi menguji dan meningkatkan daya ingatan serta hafalan pembaca.

Dengan bahasa yang mudah dan penerangan ringkas, buku ini sesuai digunakan oleh segenap lapisan masyarakat bagi membantu meningkatkan rasa khusyuk dalam solat.

Buku ini boleh digunakan sama ada untuk bacaan peribadi atau pun sebagai panduan dalam kelas pengajian kepada orang ramai.

Dapatkan buku ini khas di booth PTS sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011.

Layari www.pts.com.my/pestabuku bagi mendapatkan maklumat lanjut aktiviti, promosi dan lokasi PTS di PBAKL 2011 ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025