Artikel

Festival Buku Kanak-Kanak 2011

oleh Roziyah pada 03 Oct 2011

Nantikan kedatangan Festival Buku Kanak-Kanak 2011 yang akan memeriahkan cuti sekolah anak-anak.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan khas buat pengunjung di Pesta Buku Kanak-Kanak 2011 yang julung-julung kali diadakan ini.

Anak-anak berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuklah sesi bercerita dan pertandingan bercerita, demonstrasi origami, pameran buku, sesi bersama penulis, seminar kesusteraan kanak-kanak dan banyak lagi aktiviti menarik disediakan.

PTS juga turut memeriahkan Festival Buku Kanak-Kanak ini dengan membuka booth di festival ini.

Sertai PTS bermua 27 Oktober hingga 2 November ini dari jam 10 pagi sehingga 6 petang di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Ramai-ramai memeriahkan festival buku kanak-kanak ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025