Artikel

Hanya 6 Pusingan Layakkan peserta bawa pulang Ipad

oleh Roziyah pada 10 Nov 2011

Bagi menambahkan kemeriahan cuti sekolah ini, PTS berbesar hati membuka peluang yang lebih luas kepada semua peminat PTS bagi memenangi hadiah utama peraduan Bongkar Kod Rahsia.

Keterujaan dan kemeriahan peraduan Bongkar Kod Rahsia semakin dirasai apabila PTS menukar terma dan syarat bagi merebut hadiah utama peraduan Bongkar Kod Rahsia yang sudah masuk pusingan keenam ini.

Penukaran terma dan syarat ini bagi memberi peluang yang lebih besar kepada semua peserta memenangi hadiah utama yang ditawarkan. PTS mengambil keputusan memendekkan tempoh peraduan bagi merebut hadiah utama daripada lapan 8 pusingan menjadi 6 pusingan sahaja. Hal ini bermakna, peserta hanya perlu menyertai 6 pusingan daripada keseluruhan 12 pusingan Bongkar Kod Rahsia PTS bagi merebut hadiah utama seperti Ipad, Samsung Galaxy Ace dan iPod Touch serta pelbagai hadiah besar yang lain.

Lebih mengujakan, peserta yang sudah menyertai peraduan Bongkar Kod Rahsia ini selama 6 pusingan masih boleh menyertai peraduan Bongkar Kod Rahsia bagi merebut hadiah utama dari PTS kerana di hujung peraduan, PTS akan memilih pemenang berdasarkan 6 masa terpantas.
Sertai peraduan Bongkar Kod Rahsia dengan melayari suka.pts.com.my yang sedang berlangsung sehingga Disember 2011 ini. Peraduan yang berlangsung sepanjang 12 pusingan ini memberi peluang kepada tuan dan puan bagi memenangi pelbagai hadiah menarik seperti iPad 2, Samsung Galaxy Ace, iPod Touch, Merchandise PTS serta buku-buku terbitan PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025